[KUANTAN] SELESA DENGAN KHEMAH KHAS

[KUANTAN] SELESA DENGAN KHEMAH KHAS - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] SELESA DENGAN KHEMAH KHAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] SELESA DENGAN KHEMAH KHAS
link : [KUANTAN] SELESA DENGAN KHEMAH KHAS

Baca juga


[KUANTAN] SELESA DENGAN KHEMAH KHAS


Selesa dengan khemah khas


Inisiatif Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyediakan khemah khas di PPS ternyata memberikan keselesaan kepada mangsa banjir.

Penggunaan khemah khas yang lebih privasi dan tertutup berjaya membantu menjaga sensitiviti setiap penghuninya.

Bagi mangsa banjir dari Perkampungan Sungai Isap Damai, Asmawi Mohd Salleh, 46, berkata, penggunaan khemah khas itu memberi keselesaan bukan sahaja kepada kaum wanita malah bagi mereka yang berkeluarga.

Katanya, hampir setiap tahun keluarganya menjadi mangsa banjir dan ternyata kali ini memberi lebih privasi apabila diberikan khemah lebih tinggi.

“Selain disediakan makanan, tempat tinggal di sini lebih selesa berbanding di sekolah yang lebih sempit dan ruang tidur terbuka.

“Bukan sahaja kami diberikan tempat tinggal di khemah malah turut dibekalkan tikar, tilam dan selimut,” katanya kepada media ketika ditemui selepas lawatan Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin ke PPS di Wisma Belia Indera Mahkota di sini, semalam.

Seramai 635 mangsa daripada 158 keluarga telah ditempatkan di PPS berkenaan selepas rumah mereka dinaiki air.

Dalam pada itu, bagi Zuraida Mahusin, 44, berkata PPS sekarang lebih selesa berbanding sebelum ini yang mengutamakan keselesaan mangsa banjir.

“Dengan penyediaan khemah lebih mudah kami menguruskan keluarga terutama bagi yang mempunyai ramai anak.

“Memandangkan ahli keluarga kami besar kami diberikan dua biji khemah dan mudah bagi kami mengasingkan anak lelaki dan perempuan untuk urusan menukar pakaian, tidur atau sebagainya.

“Terima kasih kami ucapkan kepada kerajaan yang begitu prihatin nasib mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, Shahaniza berkata, secara keseluruhannya keadaan di PPS yang menempatkan mangsa banjir di negeri ini adalah baik dan begitu memuaskan.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] SELESA DENGAN KHEMAH KHAS

Sekianlah artikel [KUANTAN] SELESA DENGAN KHEMAH KHAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] SELESA DENGAN KHEMAH KHAS dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/kuantan-selesa-dengan-khemah-khas.html

Subscribe to receive free email updates: