[KUANTAN] KES SUAMI ISTERI ANIAYA KANAK-KANAK 10 TAHUN DITANGGUH

[KUANTAN] KES SUAMI ISTERI ANIAYA KANAK-KANAK 10 TAHUN DITANGGUH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] KES SUAMI ISTERI ANIAYA KANAK-KANAK 10 TAHUN DITANGGUH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] KES SUAMI ISTERI ANIAYA KANAK-KANAK 10 TAHUN DITANGGUH
link : [KUANTAN] KES SUAMI ISTERI ANIAYA KANAK-KANAK 10 TAHUN DITANGGUH

Baca juga


[KUANTAN] KES SUAMI ISTERI ANIAYA KANAK-KANAK 10 TAHUN DITANGGUH


Kes suami isteri aniaya kanak-kanak 10 tahun ditangguh


Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, menangguhkan kes pasangan suami isteri yang dituduh menganiayai kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dengan merantainya pada tong gas di rumah mereka, di Indera Mahkota pada 5 Oktober tahun lalu, pada 12 Februari depan.

Hakim Datuk Unaizah Mohd menetapkan tarikh itu sebagai sebutan semula bagi memberi laluan terhadap penyerahan dokumen berkaitan, selain menunggu laporan perubatan mangsa daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan 'representasi' daripada pihak pembelaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan lalu, Mohd Farid Fikri Mohamad,32, dan isterinya, Fatimah Muhammad Zain, 37, didakwa dengan dua pertuduhan menganiayai anak lelaki di bawah jagaan mereka.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh pertama, Mohd Farid yang bertugas sebagai anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Batu 10, Jalan Kuantan-Gambang, dan isterinya, Fatimah, seorang suri rumah, didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 1 pagi hingga 9.15 pagi pada 5 Oktober lalu.

Mereka dituduh menganiaya kanak-kanak berusia 10 tahun di bawah jagaan mereka dengan cara merantai leher dengan besi pada tong gas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) Akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan kedua pula, kedua-dua tertuduh didakwa antara jam 8 pagi hingga jam 10.30 malam, 31 September hingga 4 Oktober lalu melakukan kesalahan dengan mencapai niat bersama membiarkan mangsa tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan.

Bagi tuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 33 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, pasangan tertuduh tersebut diwakili peguam, Noor Svetlana Mohd Noordin kelihatan tenang sepanjang tempoh prosiding berjalan.

Melalui peguamnya itu, mereka menyatakan persetujuan terhadap penangguhan kes tersebut selama lebih kurang sebulan berikutan anak sulung mereka baharu meninggal dunia Khamis lalu, akibat menjadi korban banjir.

Turut hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding adalah bapa dan nenek kandung mangsa.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Shahrul Ekhsan Hassim.

Terdahulu, pada 10 November lalu, Unaizah telah menetapkan jaminan RM6,000 dikenakan setiap seorang dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] KES SUAMI ISTERI ANIAYA KANAK-KANAK 10 TAHUN DITANGGUH

Sekianlah artikel [KUANTAN] KES SUAMI ISTERI ANIAYA KANAK-KANAK 10 TAHUN DITANGGUH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] KES SUAMI ISTERI ANIAYA KANAK-KANAK 10 TAHUN DITANGGUH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/kuantan-kes-suami-isteri-aniaya-kanak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :