KERAJAAN PUSAT KAJI GUBAL UNDANG-UNDANG PENYEBARAN BERITA PALSU

KERAJAAN PUSAT KAJI GUBAL UNDANG-UNDANG PENYEBARAN BERITA PALSU - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KERAJAAN PUSAT KAJI GUBAL UNDANG-UNDANG PENYEBARAN BERITA PALSU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KERAJAAN PUSAT KAJI GUBAL UNDANG-UNDANG PENYEBARAN BERITA PALSU
link : KERAJAAN PUSAT KAJI GUBAL UNDANG-UNDANG PENYEBARAN BERITA PALSU

Baca juga


KERAJAAN PUSAT KAJI GUBAL UNDANG-UNDANG PENYEBARAN BERITA PALSU






Dato' Sri Najib Razak berkata, kerajaan akan mengkaji untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran berita palsu di media sosial berikutan kesannya yang membimbangkan.

Perdana Menteri berkata, tindakan tidak bermoral itu boleh mengancam kestabilan politik dan ketenteraman awam.

Katanya, rakyat boleh terpesong seperti membenci kerajaan dan merusuh hanya kerana terpedaya dengan berita palsu.

“Bukan kita mahu kawal internet. Internet masih bebas tetapi mesti ada unsur tanggungjawab.

“Malah, Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa setiap kali pilihan raya dengan pelbagai penyebaran berita palsu.

“Sebelum ini, kita difitnah dengan berita membawa masuk 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali,” katanya pada sidang media di Kelantan semalam.

Terdahulu, Najib meluangkan masa kira-kira dua jam bersama kakitangan awam di Wisma Persekutuan, semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengulas keputusan Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mahu menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain.

Sebelum ini, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mahu memperkenalkan satu undang-undang baharu yang mengharamkan berita palsu di internet ketika kempen pilihan raya negara itu berlangsung.

Najib ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penjawat awam berkata, Malaysia mendapat penghormatan di negara luar kerana mempunyai prinsip tersendiri dan tidak pernah berpura-pura dalam menjalankan tugas.

Katanya, ada perkara kita sokong dan sekiranya sesuatu perkara bercanggah, Malaysia akan menentang seperti yang dilakukan apabila Amerika Syarikat (AS) mahu membuka pejabat kedutaan di Jerusalem.

“Ketika saya melakukan umrah bulan lalu, saya mendapat layanan istimewa daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, apabila saya diberi masuk ke makam Rasulullah dan baginda membuka pintu Kaabah untuk saya dan rombongan.

“Sekiranya Malaysia tidak dipandang tinggi, masakan saya diberi layanan istimewa,” katanya.




Demikianlah Artikel KERAJAAN PUSAT KAJI GUBAL UNDANG-UNDANG PENYEBARAN BERITA PALSU

Sekianlah artikel KERAJAAN PUSAT KAJI GUBAL UNDANG-UNDANG PENYEBARAN BERITA PALSU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KERAJAAN PUSAT KAJI GUBAL UNDANG-UNDANG PENYEBARAN BERITA PALSU dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/kerajaan-pusat-kaji-gubal-undang-undang.html

Subscribe to receive free email updates: