JKR Pahang bina jambatan baru selepas viral isu ‘jambatan maut’

JKR Pahang bina jambatan baru selepas viral isu ‘jambatan maut’ - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JKR Pahang bina jambatan baru selepas viral isu ‘jambatan maut’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JKR Pahang bina jambatan baru selepas viral isu ‘jambatan maut’
link : JKR Pahang bina jambatan baru selepas viral isu ‘jambatan maut’

Baca juga


JKR Pahang bina jambatan baru selepas viral isu ‘jambatan maut’

 | January 8, 2018
Kontraktor dilantik telah memotong jambatan itu pada hari rakam itu tular, disusuli dengan membawa masuk bahan diperlukan untuk membina jambatan baharu.
jambatan-gantung-baharu-di-Kampung-Pamah-Aur 
KUANTAN: Kerja pembinaan jambatan gantung baharu di Kampung Pamah Aur, Lipis yang tular pada hari pertama sesi persekolahan, sudah bermula 5 Januari lepas iaitu lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Datuk Abdul Jalil Mohamed berkata kontraktor yang dilantik telah memotong jambatan itu pada hari berkenaan, disusuli dengan membawa masuk bahan diperlukan untuk membina jambatan baharu.

“Mengikut tarikh kerja yang sepatutnya bermula hari ini, kita membuat keputusan untuk bermula lebih awal sebaik sahaja cuaca mengizinkan kerana bimbang masih ada yang menggunakan jambatan itu.
“Ini berdasarkan pemerhatian kerana kisah jambatan itu masih tular meskipun sudah dimaklumkan ada laluan alternatif. Ia dilakukan atas faktor keselamatan orang awam,” katanya semasa dihubungi Bernama.

Kisah jambatan gantung itu tular pada 2 Januari lepas apabila rakaman video menunjukkan Lutfil Hadi Abdul Jalil, 5, dibantu bapanya Abdul Jalil Sulaiman, 41, menyeberangi Sungai Tanum menggunakan jambatan itu untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Yonbagi memulakan kelas prasekolah.

Adun Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kemudiannya berjumpa ibu bapa pelajar itu bagi memaklumkan kerja membina jambatan baharu sudah dalam perancangan, dengan peruntukan RM462,000 dan dijangka bermula 8 Januari.

Beliau juga memaklumkan jambatan itu telah beberapa kali dibaik pulih selepas runtuh akibat banjir dan kerja baik pulih terbaru sepatutnya bermula Disember lalu, namun dianjakkan ke Januari kerana mengambil kira musim tengkujuh.
Abdul Jalil berkata jika keadaan cuaca baik, pembinaan jambatan baharu itu dijangka siap 18 Mac depan.

Berkaitan kerosakan jalan akibat banjir, beliau berkata JKR negeri masih mengumpul maklumat jalan yang terjejas banjir sebelum anggaran kerosakan dapat dikemukakan untuk kerja baik pulih.

“Kerja mengumpul data kerosakan telah bermula, namun di beberapa tempat ia masih tidak dapat dimuktamadkan lagi kerana banjir belum pulih sepenuhnya,” katanya. FMT


Demikianlah Artikel JKR Pahang bina jambatan baru selepas viral isu ‘jambatan maut’

Sekianlah artikel JKR Pahang bina jambatan baru selepas viral isu ‘jambatan maut’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JKR Pahang bina jambatan baru selepas viral isu ‘jambatan maut’ dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/jkr-pahang-bina-jambatan-baru-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :