[BENTONG] PELUANG ORANG ASLI DAFTAR LESEN MOTOSIKAL

[BENTONG] PELUANG ORANG ASLI DAFTAR LESEN MOTOSIKAL - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BENTONG] PELUANG ORANG ASLI DAFTAR LESEN MOTOSIKAL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BENTONG] PELUANG ORANG ASLI DAFTAR LESEN MOTOSIKAL
link : [BENTONG] PELUANG ORANG ASLI DAFTAR LESEN MOTOSIKAL

Baca juga


[BENTONG] PELUANG ORANG ASLI DAFTAR LESEN MOTOSIKAL


Peluang Orang Asli daftar lesen motosikal


Bagi penduduk Orang Asli yang tinggal di sekitar daerah Bentong berumur 16 tahun ke atas bagi yang masih belum memiliki lesen motosikal kini boleh membuat pendaftaran dengan bayaran RM200 sahaja di bawah Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Khas Orang Asli Parlimen Bentong 2018.

Program ini akan bermula Sabtu ini iaitu 6 Januari, yang boleh melakukan pendaftaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Karak serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Telemong bermula pada jam lapan pagi atau jika ingin mendaftar awal, mereka boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat JPJ Bentong dan JPJ Karak.

Penolong Penyelaras Program SKSJ Khas Parlimen Bentong, Imza Adeli berkata, promosi ini hanya akan berlangsung pada hari Sabtu sahaja dan membuka peluang masyarakat Orang Asli memiliki lesen motosikal sendiri.

Menurutnya, golongan belia Orang Asli boleh merebut peluang ini agar mereka boleh menunggang motosikal mengikut undang-undang.

“Memahami keperluan masyarakat orang Asli di sini, pihak kami tawarkan promosi dengan bayaran RM180 agar mereka boleh memperoleh lesen masing-masing. Pada asalnya kita buat pada 30 Oktober tahun lalu terbuka kepada semua masyarakat tetapi kini kita memberi peluang semula kepada penduduk di daerah ini untuk memiliki lesen dengan harga serendah RM180.

“Sebelum ini peserta perlu membayar RM 200 tetapi istimewa buat penduduk orang Asli Parlimen Bentong dan juga sempena tahun baharu. Walaupun masing-masing sudah cekap menunggang motosikal, mereka perlu ada lesen kerana jika ada apa-apa yang berlaku, sekurang-kurangnya mereka masih boleh tuntut insurans,” katanya.

Di samping itu juga, Imza menegaskan kepentingan memiliki lesen motosikal dan lesen-lesen kenderaan yang lain untuk penduduk di daerah Bentong ini.

“Saya harap pada mereka yang layak buat permohonan hadir pada Sabtu ini dan mendaftar kerana harga yang ditawarkan sangat murah untuk kita beri peluang kepada orang Asli yang belum ada lesen untuk memiliki lesen motosikal,” katanya.




Demikianlah Artikel [BENTONG] PELUANG ORANG ASLI DAFTAR LESEN MOTOSIKAL

Sekianlah artikel [BENTONG] PELUANG ORANG ASLI DAFTAR LESEN MOTOSIKAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BENTONG] PELUANG ORANG ASLI DAFTAR LESEN MOTOSIKAL dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/bentong-peluang-orang-asli-daftar-lesen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :