Bayaran RM8,000 selamatkan UiTM daripada disita

Bayaran RM8,000 selamatkan UiTM daripada disita - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bayaran RM8,000 selamatkan UiTM daripada disita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bayaran RM8,000 selamatkan UiTM daripada disita
link : Bayaran RM8,000 selamatkan UiTM daripada disita

Baca juga


Bayaran RM8,000 selamatkan UiTM daripada disita

 | January 15, 2018
Universiti itu membayar RM8,000 pagi ini kepada sebuah syarikat kejuruteraan selepas gagal membatalkan saman.
uitm
Wakil peguam syarikat Mutiara Gemilang Engineering, Nur Aliah Selamat di lobi Mahkamah Tinggi Shah Alam.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menangguhkan tindakan untuk menyita Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana gagal membatalkan saman daripada sebuah syarikat kejuruteraan.

Keputusan itu dibuat apabila universiti itu tampil membuat bayaran di saat akhir sebanyak RM8,000 kepada syarikat Mutiara Gemilang Engineering Sdn Bhd.
Peguam syarikat itu, Nur Aliah Selamat berkata tindakan sitaan itu ditangguhkan sementara menunggu bayaran ditunaikan.

“Jumlah tuntutan tersebut melibatkan tarikh kegagalan permohonan penghakiman yang pertama pada 22 Ogos 2017 dan penghakiman kedua pada 20 November 2017 untuk kedua-dua penghakiman ini, pihak UiTM perlu bayar kepada pihak plaintif Mutiara Gemilang sebanyak RM8,000.”

Syarikat itu menuntut jumlah RM8,000 daripada UiTM pada November 2017.
Jumlah itu hanyalah melibatkan kegagalan UiTM dalam permohonan membatalkan saman Mutiara Gemilang Engineering dan kes utama belum selesai.

Pada 20 April tahun lalu, UiTM menerima saman berjumlah RM40.8 juta daripada syarikat itu akibat pelanggaran kontrak pembayaran.
Ia berhubung perjanjian projek membekal, menghantar, memasang, mengujiguna dan mentauliahkan keseluruhan mesin dan peralatan bagi semua kursus di Kampus baharu UiTM Puncak Alam, Selangor.
Perjanjian itu melalui Surat Setuju Terima Tawaran pada 9 Disember 2010 dengan nilai kontrak RM134.5 juta.

“Berdasarkan terma-terma perjanjian projek tersebut, selepas kerja-kerja siap, prosedur pembayaran secara berperingkat perlu dibuat kepada plaintif iaitu Mutiara Gemilang Engineering Sdn. Bhd.
“Namun UiTM selaku defendan dengan salah, defektif, tidak sah dan melanggarkan undang-undang kerana membuat satu pembayaran berjumlah RM11 juta kepada seorang individu yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi,” katanya.

Mutiara Gemilang berkata akibat salah bayaran itu, ia mendatangkan masalah kewangan yang serius kepadanya kerana terpaksa mencari sumber kewangan lain dengan membuat pinjaman daripada pihak ketiga.


Demikianlah Artikel Bayaran RM8,000 selamatkan UiTM daripada disita

Sekianlah artikel Bayaran RM8,000 selamatkan UiTM daripada disita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bayaran RM8,000 selamatkan UiTM daripada disita dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/bayaran-rm8000-selamatkan-uitm-daripada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :