Judul : ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA HINGGA AHAD
link : ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA HINGGA AHAD
ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA HINGGA AHAD
Kuala Lumpur: Angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian hingga 4.5 meter, dijangka berlaku di perairan Condore, utara Reef North dan utara Palawan, bermula esok hingga Ahad depan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), berkata angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada aktiviti perkapalan, perkhidmatan feri dan menangkap ikan.
Katanya, keadaan angin kencang dan laut bergelora turut berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut.
"Ia turut menjejaskan perairan tenggara Samui, Tioman, Bunguran, selatan Reef North, Layang-layang, Reef South, Labuan dan selatan Palawan," katanya yang dipetik dari laman web rasminya, hari ini.
Katanya, bagi perairan Malaysia, perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, sebahagian kawasan Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat, Sabah dan Labuan, dijangka berlaku angin kencang Timur Laut sehingga Ahad.
"Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka bermula Khamis hingga Ahad depan.
Demikianlah Artikel ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA HINGGA AHAD
Sekianlah artikel ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA HINGGA AHAD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA HINGGA AHAD dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/angin-kencang-laut-bergelora-hingga-ahad.html