Judul : Ambil alih kerajaan bukan angan-angan, tapi cita-cita kata Tuan Ibrahim
link : Ambil alih kerajaan bukan angan-angan, tapi cita-cita kata Tuan Ibrahim
Ambil alih kerajaan bukan angan-angan, tapi cita-cita kata Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim Tuan Man
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pas bukan berangan untuk menjadi kerajaan Persekutuann selepas PRU14, seperti yang didakwa Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
Tetapi, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menjadi kerajaan adalah cita-cita besar partinya seperti yang dikatakan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, minggu lalu.
“Pas bukan berangan-angan dan itu cita-cita Pas,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, Mahathir yang sebenarnya yang berangan-angan untuk memegang tampuk kerajaan,
Beliau turut menempelak Bersatu yang dilihat tidak mempunyai ahli mencukupi bagi mengerakkan jentera mereka untuk mempromosikan parti berkenaan.
Sebaliknya, Pas mempunyai ramai ahli yang akan mengerakkan parti untuk menentang parti-parti lain pada pilihan raya umum akan datang.
“Pas ada jentera, ahli hampir sejuta, cawangan lebih 8,000 buah dan kawasan ada 196 seluruh negara.
“Kita bekerja dan mengubah pendekatan politik kepada budaya politik matang dang sejahtera yang mengajak agar politik solusi menjadi kaedah Pas kini. Bukan (politik) serangan mencaci maki yang membosankan rakyat,” tegasnya.
Minggu lalu, Mahathir menyatakan bahawa Pas hanya ‘angan-angan Mat Jenin’, susulan keputusan parti itu untuk bertanding di lebih 130 kawasan Parlimen pada PRU14 kelak.
Dakwanya, tindakan Pas itu dilihat hanya akan memecahkan undi sesama parti politik dalam PRU14 dan ini akan memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi pilihan raya umum terbabit.
Demikianlah Artikel Ambil alih kerajaan bukan angan-angan, tapi cita-cita kata Tuan Ibrahim
Sekianlah artikel Ambil alih kerajaan bukan angan-angan, tapi cita-cita kata Tuan Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ambil alih kerajaan bukan angan-angan, tapi cita-cita kata Tuan Ibrahim dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/ambil-alih-kerajaan-bukan-angan-angan.html