Tak halang guru mahu sokong Cikgu Azizan

Tak halang guru mahu sokong Cikgu Azizan - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak halang guru mahu sokong Cikgu Azizan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak halang guru mahu sokong Cikgu Azizan
link : Tak halang guru mahu sokong Cikgu Azizan

Baca juga


Tak halang guru mahu sokong Cikgu Azizan

Mahdzir Khalid
Mahdzir. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan tidak akan menghalang mana-mana guru untuk berhimpun bagi memberi sokongan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sebuah sekolah, Azizan Manap atau Cikgu Azizan yang dibicarakan kerana mendenda pelajarnya di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, esok.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan berhimpun untuk memberi sokongan kepada rakan guru adalah hak individu.
"Saya tiada halangan sekiranya warga guru ingin berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada rakan mereka yang terlibat dalam kes mahkamah.

"Setiap individu mempunyai hak tersendiri untuk menyatakan sokongan terhadap rakan mereka sendiri dan isu kehadiran di mahkamah ini adalah hak peribadi masing-masing," katanya seperti yang dipetik menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) meminta orang ramai terutama ahlinya supaya memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan dengan hadir ke mahkamah termasuk menyokong menerusi media sosial dengan tanda pagar 'PrayForCikguAzizan' yang menjadi tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Mengikut laman web www.pendidik2u.my, Cikgu Azizan ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi rakan, buli, memukul murid serta ponteng sekolah.

Sebutan kes berkenaan dibuat pada 31 Oktober lalu manakala 27 November lalu adalah penyerahan dokumen dan 19 Disember ini ditetapkan sebagai tarikh perbicaraan kes.

Jika didapati bersalah,Cikgu Azizan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
"Kalau jadi pada rakan kita, kita akan hadir juga untuk beri sokongan, begitu juga warga guru ini," kata Mahdzir lagi.



Demikianlah Artikel Tak halang guru mahu sokong Cikgu Azizan

Sekianlah artikel Tak halang guru mahu sokong Cikgu Azizan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak halang guru mahu sokong Cikgu Azizan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/tak-halang-guru-mahu-sokong-cikgu-azizan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :