Judul : PEMIMPIN BERPALING TADAH BUKAN ANCAMAN
link : PEMIMPIN BERPALING TADAH BUKAN ANCAMAN
PEMIMPIN BERPALING TADAH BUKAN ANCAMAN
Pemimpin UMNO yang telah beralih arah kepada pembangkang bukanlah ancaman kepada parti Melayu itu.
Menurut Naib Presidennya, Dato' Sri Hishammuddin Hussein, UMNO telah bergerak ke hadapan dan bekas pemimpin parti itu tidak memberikan ancaman walaupun menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Walaupun ada pemimpin utama yang menyertai barisan pembangkang namun ia tidak memberi ancaman kepada kita.
“Ini kerana kita telah berubah dengan menyesuaikan apa yang dilakukan dahulu dengan landskap hari ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Beberapa pemimpin utama Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohammad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal telah meninggalkan UMNO dan menjadi pembangkang.
Hishammuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO juga berkata, dalam melaksanakan transformasi dalam UMNO, pihaknya juga berhadapan dengan cabaran menyediakan anggota-anggota dan dan jentera parti.
“Dan keberkesanan proses ini hanya akan diketahui sewaktu pilihan raya nanti,” katanya.
Demikianlah Artikel PEMIMPIN BERPALING TADAH BUKAN ANCAMAN
Sekianlah artikel PEMIMPIN BERPALING TADAH BUKAN ANCAMAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PEMIMPIN BERPALING TADAH BUKAN ANCAMAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/pemimpin-berpaling-tadah-bukan-ancaman.html