Pembangkang gesa SPRM siasat kontrak tablet sekolah kepada Utusan

Pembangkang gesa SPRM siasat kontrak tablet sekolah kepada Utusan - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang gesa SPRM siasat kontrak tablet sekolah kepada Utusan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang gesa SPRM siasat kontrak tablet sekolah kepada Utusan
link : Pembangkang gesa SPRM siasat kontrak tablet sekolah kepada Utusan

Baca juga


Pembangkang gesa SPRM siasat kontrak tablet sekolah kepada Utusan

 | December 1, 2017
Pemimpin DAP dan PKR menggesa SPRM menyiasat kontrak itu tanpa perlu menunggu orang ramai membuat laporan.
steven-utusan-sprmKUALA LUMPUR: Dua wakil rakyat pembangkang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemberian kontrak kepada penerbit akhbar harian Umno, Utusan Melayu untuk membekalkan lebih 180,000 tablet kepada guru sekolah di seluruh negara.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim meminta SPRM menjalankan siasatan ke atas perkara itu tanpa perlu menunggu orang ramai membuat laporan.
“SPRM perlu siasat, mereka tidak memerlukan satu laporan dibuat, baru mereka akan siasat,” katanya kepada FMT hari ini.

Pengarah pendidikan politik DAP Pulau Pinang itu berkata, projek berkenaan sepatutnya diberikan melalui tender terbuka supaya Kementerian Pendidikan boleh mendapat harga lebih rendah, bukannya terus memberi tender itu kepada syarikat penerbitan akhbar itu.

“Tender terbuka boleh memastikan kontraktor perbekalan yang benar-benar layak dengan harga lebih baik dan bukannya melalui kronisme atau rasuah,” katanya.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mengesyaki pemberian tender terus kepada Utusan Melayu adalah usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyelamatkan lidah rasmi mereka yang mengalami kerugian saban tahun.

“Saya syak ini cara nak ‘bailout’ Utusan. Kalau tablet ini dibeli dengan tender terbuka, sudah pasti akan mengurangkan kos kerana sekarang tablet sangat murah.

“Tanpa tender terbuka, kita syak kosnya akan lebih tinggi. Ini bermakna kosnya akan lebih rendah dan servis lebih baik, jika melalui tender terbuka,” katanya yang menggesa SPRM menyiasat tender itu.

Pengarah Strategi PKR itu berkata, Utusan merupakan syarikat penerbitan akhbar dan sepanjang pengetahuannya tidak mempunyai pengalaman membekalkan komputer serta gajet.
Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan dilaporkan berkata, Utusan Melayu diberikan kontrak itu yang setakat ini menelan belanja RM152 juta.

Beliau menjawab soalan Steven di Dewan Rakyat minggu lalu berhubung projek tablet itu yang diperuntukkan dalam Bajet 2017 yang dijangka menelan kos keseluruhan RM340 juta.

Steven mempersoalkan pemberian projek tersebut dengan berkata: “Bagaimana sebuah syarikat surat khabar yang mengalami kerugian tiap-tiap tahun boleh diberi kontrak RM340 juta membekalkan komputer tablet?”

Katanya, syarikat akhbar itu mencatat kerugian hampir RM220 juta sejak 2013.
Steven turut memetik laporan Biro Audit Pengedaran pada Mei lepas yang mendapati kejatuhan pengedaran akhbar itu sebanyak 14% atau lebih 20,000 naskhah, manakala edisi Ahad, Mingguan Malaysia pula merosot 10% atau lebih 30,000 naskhah.

Katanya, pemberian kontrak tablet itu merupakan “talian hayat” kerajaan kepada akhbar itu.
Semalam, Utusan Melayu dan Kumpulan Utusan mengumumkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM31.5 juta bagi suku ke-3 tahun ini berbanding kerugian RM10.7 juta dalam suku sebelumnya.

Kumpulan Utusan dilaporkan berkata, ia disebabkan peningkatan perolehan sebanyak 74% yang disumbang terutamanya oleh keuntungan daripada penjualan hartanah, serta peningkatan perolehan dalam talian yang dijana daripada projek pembekalan tablet kepada guru Kementerian Pendidikan.


Demikianlah Artikel Pembangkang gesa SPRM siasat kontrak tablet sekolah kepada Utusan

Sekianlah artikel Pembangkang gesa SPRM siasat kontrak tablet sekolah kepada Utusan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembangkang gesa SPRM siasat kontrak tablet sekolah kepada Utusan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/pembangkang-gesa-sprm-siasat-kontrak.html

Subscribe to receive free email updates: