Negara perlu lebih ramai 'Cikgu Azizan'

Negara perlu lebih ramai 'Cikgu Azizan' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Negara perlu lebih ramai 'Cikgu Azizan', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Negara perlu lebih ramai 'Cikgu Azizan'
link : Negara perlu lebih ramai 'Cikgu Azizan'

Baca juga


Negara perlu lebih ramai 'Cikgu Azizan'

Malaysiakini  18/12/17
PAS berkata negara memerlukan lebih ramai watak seperti Cikgu Azizan yang gigih melaksanakan tugas sebagai pendidik.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata Cikgu Azizan itu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi namun disaman sehingga terpaksa dihadapkan di mahkamah.

Bagaimanapun kata Idris tidak ada apa-apa yang perlu dimalukan oleh guru terbabit kerana beliau didakwa bukan kerana mencabul kehormatan murid, mengedar pil kuda atau mengambi rasuah.
"Tetapi cikgu didakwa kerana menjalankan tugas sebagai pendidik," katanya dalam kenyataan umum hari ini.

Idris mengulas mengenai nasib seorang guru di Negeri Sembilan yang didakwa di mahkamah kerana dituduh menghukum pelajar yang ditangkap kerana kesalahan disiplin.
Pelajar terbabit dikatakan dihukum kerana menghidu gam, bergaduh dan membuli pelajar lain.

Nasib dialami Cikgu Azizan itu turut mendapat perhatian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menggesa pendidik di seluruh negara memberi sokongan kepadanya dengan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Seremban pada jam 8.30 pagi, 19 Disember ini.

NUTP juga menyediakan peguam bagi membela guru terbabit.
Menurut laporan New Straits Times, Azizan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Jika disabitkan kesalahan beliau boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Kisah Cikgu Azizan juga menjadi tular dan dikongsi ramai orang melalui media sosial sejak beberapa hari lalu.
Kata Idris majoriti rakyat di negara ini bersama-sama Cikgu Azizan dan memberi sokongan kepadanya.

Idris yang juga anggota parlimen Bukit Gantang berkata negara ini memang memerlukan lebih ramai "Cikgu Azizan" yang sanggup menghadapi apa saja demi menunaikan amanah sebagai pendidik.

Sebenarnya kata Idris Cikgu Azizan itu boleh saja memilih untuk hidup senang dan tidak perlu memeningkan kepala memikirkan perihal anak murid.
Namun katanya itu adalah sikap seorang guru tidak bertanggungjawab.

"Biarlah anak murid jadi manusia atau tidak. Apa yang penting setiap bulan gaji tetap dapat. Tetapi ini bukan watak Cikgu Azizan.
"Semoga keadilan berpihak kepada Cikgu Azizan," katanya.


Demikianlah Artikel Negara perlu lebih ramai 'Cikgu Azizan'

Sekianlah artikel Negara perlu lebih ramai 'Cikgu Azizan' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Negara perlu lebih ramai 'Cikgu Azizan' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/negara-perlu-lebih-ramai-cikgu-azizan.html

Subscribe to receive free email updates: