NEGARA MASALAH JIKA KIT SIANG PM

NEGARA MASALAH JIKA KIT SIANG PM - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NEGARA MASALAH JIKA KIT SIANG PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NEGARA MASALAH JIKA KIT SIANG PM
link : NEGARA MASALAH JIKA KIT SIANG PM

Baca juga


NEGARA MASALAH JIKA KIT SIANG PM


Negara masalah jika Kit Siang PM


Kluang - Hasrat Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang untuk menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU14 hanya membawa kehancuran kepada kaum dan negara.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Ahli Parlimen Gelang Patah itu disifatkan tidak mempunyai prinsip.

“Hanya beliau (Kit Siang) sendiri yang tahu sama ada beliau memang bercita-cita mahu menjadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri.

“Yang kita tahu, beliau tidak boleh dipercayai. Kita yakin beliau akan bawa kepada perpecahan masyarakat,” katanya selepas majlis bersama rakyat di Restoran Sin Yu Lee, Taman Kota Paloh dekat sini, semalam.

Beliau mengulas hasrat Lim Kit Siang ingin menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU14.

Pada 8 Disember lalu, media melaporkan bekas Adun Jawi, Tan Beng Huat, mengakui sikap Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, sebagai punca beliau meninggalkan parti yang disertainya lebih 10 tahun lalu.

Beng Huat yang berkhidmat sebagai Adun selama satu penggal sejak 2008 berkata, beliau melihat Kit Siang cuba membina ‘dinasti keluarga’ dalam parti itu sehingga timbul pelbagai isu dan masalah.

Katanya, memang terdapat ‘cakap-cakap’ di dalam DAP mengatakan Kit Siang mahu menjadi perdana menteri walaupun Ahli Parlimen Gelang Patah itu menafikan ada berniat demikian.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang berkata, rakyat perlu menolak pemimpin DAP yang bercita-cita mahu menjadi perdana menteri kerana bukan sahaja bercanggah dengan ketetapan Islam sebagai Agama Persekutuan, tetapi juga hakikat parti itu gagal menjadi kerajaan bersih.

Dalam pada itu, Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berkata, veteran DAP berkenaan bijak memanipulasi politik dan sentiasa berusaha apa sahaja demi mencapai hasratnya.

Jelasnya, sebelum ini, Kit Siang sanggup menyokong Pas untuk meyakinkan rakyat, namun kini beralih memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apabila Pas tidak mengikut telunjuk beliau (Kit Siang), beliau menggunakan Tun Dr Mahathir pula. Beliau pandai guna seseorang demi kepentingan politik beliau.

“Beliau sememangnya tidak boleh dipercayai dan hanya omong-omong kosong tanpa ada prinsip,” katanya.

Terdahulu, beliau meminta rakyat beri sokongan kepada MCA dan BN demi menjamin pembangunan negara dan mengekalkan keharmonian kaum berbanding Pakatan Harapan yang tiada nilai teras perjuangan.

Beliau turut mengumumkan Adun Paloh, Teoh Yap Kun dikekalkan sebagai calon kawasan itu pada PRU14.




Demikianlah Artikel NEGARA MASALAH JIKA KIT SIANG PM

Sekianlah artikel NEGARA MASALAH JIKA KIT SIANG PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NEGARA MASALAH JIKA KIT SIANG PM dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/negara-masalah-jika-kit-siang-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :