NAJIB TUNTUT OIC BERSATU TOLAK BAITULMUQADDIS KOTA ISRAEL

NAJIB TUNTUT OIC BERSATU TOLAK BAITULMUQADDIS KOTA ISRAEL - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NAJIB TUNTUT OIC BERSATU TOLAK BAITULMUQADDIS KOTA ISRAEL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NAJIB TUNTUT OIC BERSATU TOLAK BAITULMUQADDIS KOTA ISRAEL
link : NAJIB TUNTUT OIC BERSATU TOLAK BAITULMUQADDIS KOTA ISRAEL

Baca juga


NAJIB TUNTUT OIC BERSATU TOLAK BAITULMUQADDIS KOTA ISRAEL





Kesemua negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa bersatu untuk menolak pengisytiharan Baitulmuqaddis sebagai ibukota Israel, sebaliknya kota suci itu perlu menjadi ibu negara Palestin, kata Perdana Menteri.

“Status muktamad Baitulmuqaddis tidak boleh diputuskan melalui pengiktirafan satu pihak kerana ia mesti diselesaikan menerusi rundingan pelbagai hala antara Palestin dan Israel di bawah kerangka penyelesaian dua negara.

“Langkah seumpama itu menjejaskan semua usaha ke arah mencari penyelesaian yang komprehensiff, adil lagi berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel.

“Lebih-lebih lagi, masa depan penyelesaian dua negara itu tergantung dalam konteks ia mudah tergugat,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Al-Quds Al-Sharif (Baitulmuqaddis) di Istanbul, Turki semalam.

Menurutnya, sebarang percubaan untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis atau sebarang perubahan dalam sempadan sebelum 1967 adalah melanggar hak rakyat Palestin dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

“Pengiktirafan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Israel adalah sama seperti menyemarakkan api peperangan terhadap situasi yang telahpun meruncing. Berbuat demikian juga merestui dasar pendudukan haram dan penindasan Israel, yang menyebabkan penderitaan teruk yang berlarutan kepada rakyat Palestin,” kata Najib.

Tegas Najib , sebagai sebuah organisasi yang mewakili lebih 1.6 bilion umat Islam, OIC tidak boleh terus membisu dalam menghadapi perkembangan yang tidak adil.

“Kita mesti bekerjasama sebagai saudara Muslim seagama dan dengan komuniti antarabangsa, untuk memastikan kedudukan Al-Quds Al-Sharif dirundingkan dalam kerangka penyelesaian dua negara.

“Pada masa yang sama, kita harus berusaha untuk menghalang negara lain daripada mengikuti langkah yang sama mengisytiharkan bandar itu sebagai ibu negara Israel,” kata beliau lagi.

Sidang kemuncak bertemakan ‘Tindakan Bersama dalam Semangat Perpaduan dengan Al-Quds’ diadakan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan atas kapasiti beliau selaku Pengerusi Sidang Kemuncak Islam Ke-13 berikutan pengumuman oleh Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.




Demikianlah Artikel NAJIB TUNTUT OIC BERSATU TOLAK BAITULMUQADDIS KOTA ISRAEL

Sekianlah artikel NAJIB TUNTUT OIC BERSATU TOLAK BAITULMUQADDIS KOTA ISRAEL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NAJIB TUNTUT OIC BERSATU TOLAK BAITULMUQADDIS KOTA ISRAEL dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/najib-tuntut-oic-bersatu-tolak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :