MALAYSIA KECEWA AS GUNA KUASA VETO

MALAYSIA KECEWA AS GUNA KUASA VETO - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MALAYSIA KECEWA AS GUNA KUASA VETO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MALAYSIA KECEWA AS GUNA KUASA VETO
link : MALAYSIA KECEWA AS GUNA KUASA VETO

Baca juga


MALAYSIA KECEWA AS GUNA KUASA VETO





Kuala Lumpur: Malaysia kecewa dengan tindakan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) berhubung status Baitulmaqdis, Isnin lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata 14 undi menyokong berbanding satu undi menentang dalam mesyuarat UNSC adalah petunjuk jelas yang masyarakat dunia menolak tindakan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

"Malaysia kecewa dengan veto AS, walaupun tindakan itu memang sudah dijangka.

"Malaysia kekal dengan pendirian yang isu Baitulmaqdis di Palestin adalah faktor yang mendorong semua negara anggota PBB tidak mengiktiraf segala usaha untuk mengubah karektor dan status Baitulmaqdis," katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Draf resolusi itu dibentangkan Mesir bertujuan membatalkan pengiktirafan Presiden Donald Trump terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Sesi pengundian menyaksikan 14 ahli Majlis Keselamatan menyokong draf resolusi berkenaan, namun AS menggunakan kuasa veto menentangnya melalui dutanya ke PBB, Nikki Haley.

Draf resolusi itu menekankan status akhir Baitulmaqdis perlu diselesaikan menerusi rundingan sejajar dengan keperluan resolusi PBB.

Ia turut menuntut semua negara mematuhi 10 resolusi yang diluluskan PBB berhubung Baitulmaqdis sebelum ini.

Anifah berkata, Malaysia turut mengalu-alukan inisiatif diusulkan Turki supaya Sesi Khas Tergempar Perhimpunan Agung PBB (UNGA) diadakan bagi membincangkan isu itu, dengan mengemukakan resolusi yang hampir sama.

"Malaysia sentiasa menyokong usaha berterusan terhadap penubuhan negara Palestin yang bebas dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara," katanya.




Demikianlah Artikel MALAYSIA KECEWA AS GUNA KUASA VETO

Sekianlah artikel MALAYSIA KECEWA AS GUNA KUASA VETO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MALAYSIA KECEWA AS GUNA KUASA VETO dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/malaysia-kecewa-as-guna-kuasa-veto.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :