MAHB SANGKAL DAKWAAN TONY PUA

MAHB SANGKAL DAKWAAN TONY PUA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHB SANGKAL DAKWAAN TONY PUA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHB SANGKAL DAKWAAN TONY PUA
link : MAHB SANGKAL DAKWAAN TONY PUA

Baca juga


MAHB SANGKAL DAKWAAN TONY PUA




Kuala Lumpur - Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) menegaskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menampung peningkatan penumpang, dan bukannya lapangan terbang kos rendah seperti didakwa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

MAHB dalam kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, pembinaan klia2 mengambil kira pelbagai kepentingan, termasuk memenuhi infrastruktur jangka panjang dan memenuhi keperluan industri penerbangan awam negara.

Syarikat itu berkata, langkah menyamakan caj perkhidmatan penumpang (PSC) di terminal klia2 dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membolehkan peruntukan subsidi itu digunakan bagi mengukuhkan lagi sektor penerbangan Malaysia, lapor Berita Harian.

"Langkah diumumkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkuat kuasa berkuat kuasa pada 1 Januari 2018 itu bertujuan memberikan persekitaran persaingan lebih adil antara syarikat penerbangan beroperasi di kedua-dua terminal.

"Secara rasionalnya, langkah menyamakan itu disebabkan klia2 sudah setanding dengan KLIA dan menjadi lapangan terbang lebih hebat berbanding lapangan terbang lain di Malaysia.

"Penyamaan caj itu juga membolehkan Malaysia menjadi lebih menepati garis panduan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)," katanya, hari ini.

Terdahulu, MAHB mengumumkan PSC untuk perlepasan antarabangsa di semua lapangan terbang lain di Malaysia meningkat kepada RM50 bagi klia2 dan RM73 untuk semua lapangan terbang lain.

Selain itu, MAHB juga menegaskan sudah menjelaskan isu kos pembangunan klia2 sebanyak RM4 bilion.

"Pembangunan klia2 mengambil kira semua keperluan pihak berkepentingan seperti evolusi model perniagaan syarikat penerbangan kos rendah yang sekarang dipenuhi untuk pemindahan penumpang dan menggunakan pesawat badan yang luas.

"Kos itu juga digunakan untuk peningkatan skop ketara, termasuk pertumbuhan segmen perjalanan murah dan perubahan diperlukan agensi kerajaan dan Air Asia," katanya.




Demikianlah Artikel MAHB SANGKAL DAKWAAN TONY PUA

Sekianlah artikel MAHB SANGKAL DAKWAAN TONY PUA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAHB SANGKAL DAKWAAN TONY PUA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/mahb-sangkal-dakwaan-tony-pua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :