[KUANTAN] ISTERI TABAH JAGA SUAMI SAKIT

[KUANTAN] ISTERI TABAH JAGA SUAMI SAKIT - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] ISTERI TABAH JAGA SUAMI SAKIT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] ISTERI TABAH JAGA SUAMI SAKIT
link : [KUANTAN] ISTERI TABAH JAGA SUAMI SAKIT

Baca juga


[KUANTAN] ISTERI TABAH JAGA SUAMI SAKIT


Isteri tabah jaga suami sakit


Demi meneruskan kelangsungan hidup, seorang isteri terpaksa bergantung harap dengan pendapatan RM25 sehari hasil upah sebagai pembantu kedai makan di sebuah gerai makan di Felda Bukit Goh di sini.

Rohayu Hashim, 29, berkata, sejak suaminya, Rosli Yusoff, 44, menghidap penyakit buah pinggang tahap enam, darah tinggi, kencing manis dan angin ahmar (strok) menyebabkan dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga.

Ketabahan ibu beranak satu ini dapat dilihat pada raut wajahnya, apabila sanggup hidup dalam serba kekurangan selepas orang yang dicintainya itu menghidap penyakit tersebut.

Meskipun sukar untuk menerima ketentuan itu, namun Rohayu tetap kuat melangkah demi meneruskan sisa-sisa hidupnya dan mahu berkhidmat kepada suami sehingga ke akhir hayat.

“Selagi saya ada kudrat selagi tu saya akan jaga suami saya.. tak kisah walaupun sukar sekali pun saya kena tabah untuk suami dan anak-anak saya.

“Kalau saya tak kuat, tak mustahil orang di sekeliling saya turut terkesan, jadi mahu tak mahu saya kena terus tabah dan bersabar dengan ujian ALLAH ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di RTP Bukit Goh di sini, semalam.

Adun Sungai Lembing, Datuk Md Suhaimi Mohamad Shah turut hadir untuk bertanya khabar mengenai kesihatan Rosli ketika sesi ziarah kasih yang diadakan itu.

Rohayu memberitahu, pendapatan keluarganya terjejas selepas suaminya yang dahulu bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat di Kotasas diserang angin ahmar sejak lima tahun lalu.

Akibat daripada itu, suaminya lumpuh sebelah badan kanan dan penyakit buah pinggang yang dihadapinya juga semakin kritikal.

“Doktor nasihatkan dia berhenti kerja dan banyakkan berehat akibat penyakit yang dihidapinya itu,” katanya.

Menyentuh mengenai pekerjaannya, Rohayu berkata, sekiranya dia kerap bercuti untuk menjaga suaminya, pendapatannya sekeluarga semakin terhad.

“Sebelum suami sakit gaji RM25 itu boleh juga tampung keluarga, tetapi kini saya terpaksa kerap ambil cuti untuk uruskan suami keluar masuk hospital,” katanya.

Difahamkan, Rosli menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan namun jumlah itu tidak mencukupi bagi kos pengangkutan yang terpaksa digunakan untuk rawatan dialisis secara mingguan.

Dalam pada itu, Rohayu mengakui, kelengkapan persekolahan anaknya masih belum diuruskan dengan sempurna.

Namun, jelasnya, pada dua hari lalu, anaknya ada menerima baucar bernilai RM70 daripada seorang insan di Kampung Padang.

“Baucar itu sudah saya tebus.. Alhamdulillah dapatlah sepasang baju seragam sekolah anak saya,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] ISTERI TABAH JAGA SUAMI SAKIT

Sekianlah artikel [KUANTAN] ISTERI TABAH JAGA SUAMI SAKIT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] ISTERI TABAH JAGA SUAMI SAKIT dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/kuantan-isteri-tabah-jaga-suami-sakit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :