ICQS TEBEDU: NAIK TARAF ATAU BINA BAHARU - AHMAD ZAHID

ICQS TEBEDU: NAIK TARAF ATAU BINA BAHARU - AHMAD ZAHID - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ICQS TEBEDU: NAIK TARAF ATAU BINA BAHARU - AHMAD ZAHID, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ICQS TEBEDU: NAIK TARAF ATAU BINA BAHARU - AHMAD ZAHID
link : ICQS TEBEDU: NAIK TARAF ATAU BINA BAHARU - AHMAD ZAHID

Baca juga


ICQS TEBEDU: NAIK TARAF ATAU BINA BAHARU - AHMAD ZAHID


 Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi


Tebedu - Jawatankuasa peringkat teknikal diberi masa 14 hari bagi bermesyuarat dan 14 hari lagi untuk kemukakan laporan penilaian Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu sama ada perlu naik taraf atau dibina baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa tersebut akan dikoordinasikan Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum dibawa kepada pasukan petugas dipengerusikan beliau bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya, selepas itu, ia akan dibawa kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Kita mahu ICQS Tebedu dengan imej yang lebih baik dan keberkesanan maksimum kepada perkhidmatan 10 jabatan dan agensi kerajaan di sini.

“Kita juga berterima kasih kepada Abang Johari yang komited dengan kerajaan negeri untuk membiayai bersama 50 peratus kos keseluruhan naik taraf atau pembinaan baharu itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali dan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T. Subromaniam.

Lawatan kerja beliau bagi meninjau keadaan infrastruktur ICQS Tebedu lanjutan daripada Rundingan Tahunan Ke-12 antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Kuching pada 22 November lalu.

Hasil perbincangan itu, Najib dan Jokowi secara prinsip telah bersetuju agar kawasan sempadan Tebedu-Entikong (Sarawak dan Kalimantan di Serian) yang sebelum ini ditutup, dibuka semula selepas Perjanjian Dagangan Sempadan (BTA) dan Perjanjian Rentas Sempadan (BCA) yang kini masih dalam perbincangan untuk dimeterai kedua-dua negara.

Tambahnya, perkongsian pintar itu diharap akan mempercepatkan lagi hasrat bagi menaik taraf atau pembinaan ICQS Tebedu nanti.




Demikianlah Artikel ICQS TEBEDU: NAIK TARAF ATAU BINA BAHARU - AHMAD ZAHID

Sekianlah artikel ICQS TEBEDU: NAIK TARAF ATAU BINA BAHARU - AHMAD ZAHID kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ICQS TEBEDU: NAIK TARAF ATAU BINA BAHARU - AHMAD ZAHID dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/icqs-tebedu-naik-taraf-atau-bina-baharu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :