Judul : G25: Media tak patut dikongkong demi demokrasi, ekonomi sihat
link : G25: Media tak patut dikongkong demi demokrasi, ekonomi sihat
G25: Media tak patut dikongkong demi demokrasi, ekonomi sihat
Penasihat G25, Sheriff Kassim berkata, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketidakadilan akan berlaku jika isu semasa dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.
“Media sepatutnya bebas melapor dan menyuarakan pandangan mereka kepada masyarakat dan tidak patut ada sebarang cubaan untuk mengongkong media.
“Sudah sampai masanya untuk kerajaan sedar kebebasan maklumat dan debat terbuka penting bukan sahaja demi demokrasi sihat, tetapi juga ekonomi yang sihat,” kata Penasihat G25, Tan Sri Sheriff Kassim selepas melancarkan laporan “Pengukuhan Keyakinan Ekonomi di Malaysia” hari ini.
Sheriff mengulas gesaan seorang perwakilan Umno Pulau Pinang supaya pihak berkuasa menyiasat portal berita The Malaysian Insight (TMI) kerana laporan mereka yang didakwa menghina pemimpin negara.
Mohd Nashrol Hisham Abdullah dari Umno Bahagian Tasek Gelugor berkata, carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menemui nama pengarah syarikat tersebut.
“Ada satu portal yang hina pemimpin kita, yang hina kerajaan kita, yang menyerang pemimpin kita, perdana menteri kita, presiden kita.
“Pihak berwajib jangan bagi ini berlaku, cari sampai lubang cacing. Jangan biar perkara ini berlaku kerana hina pemimpin kita,” katanya.
Sheriff yang pernah menjadi ketua setiausaha Kementerian Kewangan sehingga 1994 berkata, orang ramai yang menderita jika mereka dinafikan maklumat.
“Apabila mereka dirahsiakan daripada isu semasa, itu yang akan menyebabkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketidakadilan.
“Malah, pelabur amat bimbang jika isu semasa disembunyikan,” katanya sambil menambah isu semasa perlu dibincangkan secara terbuka untuk mencari penyelesaian.
Demikianlah Artikel G25: Media tak patut dikongkong demi demokrasi, ekonomi sihat
Sekianlah artikel G25: Media tak patut dikongkong demi demokrasi, ekonomi sihat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel G25: Media tak patut dikongkong demi demokrasi, ekonomi sihat dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/g25-media-tak-patut-dikongkong-demi.html