DR. MAHATHIR KEHABISAN IDEA MAHU BEBASKAN ANWAR

DR. MAHATHIR KEHABISAN IDEA MAHU BEBASKAN ANWAR - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DR. MAHATHIR KEHABISAN IDEA MAHU BEBASKAN ANWAR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DR. MAHATHIR KEHABISAN IDEA MAHU BEBASKAN ANWAR
link : DR. MAHATHIR KEHABISAN IDEA MAHU BEBASKAN ANWAR

Baca juga


DR. MAHATHIR KEHABISAN IDEA MAHU BEBASKAN ANWAR






Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sudah kehabisan idea atau isu untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berusaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, setelah isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) gagal, maka isu Penasihat PKR, Anwar dipenjara cuba dipanaskan kembali untuk mendapat simpati rakyat.

Katanya, Dr. Mahathir lupa bahawa sejak berkawan dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu menjadi Perdana Menteri, imejnya sudah tercalar dan tidak lagi boleh dipercayai.

“Anwar dan penyokongnya dianggap hilang akal jika mempercayai Dr. Mahathir adalah ikhlas dan serius mahu Anwar dibebaskan.

“Dr. Mahathir hanya berlakon. Dia pakar pusingan U. Anwar dipenjara kerana perbuatan jenayah setelah melalui proses perbicaraan yang panjang. Bertahun dan berbelas kali penangguhan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Dr. Mahathir menggesa agar Anwar segera dibebaskan dari penjara.

Pengerusi Pakatan Harapan itu membuat gesaan tersebut menerusi satu kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley.

Dr. Mahathir dan Motley menganggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.

Mohd. Puad berkata, Anwar tidak boleh mudah lupa kerana dia ditahan oleh Dr. Mahathir bermula dengan Akta Rahsia Rasmi (ISA).

Menurutnya, rumah Anwar juga diserbu dengan kasar, matanya lebam dan Dr. Mahathir mendakwa bahawa Anwar memukul sendiri matanya sampai lebam.

“Itu tahanan bermotif politik. Anwar dulu dipecat dan ditahan kerana buku 50 Dalil. Dr. Mahathir percaya buku itu. Anwar sekarang dipenjara kerana Mohd. Saiful Bukhari Azlan sendiri yang membuat aduan. Lagi pun Anwar hanya tinggal beberapa bulan sebelum bebas.

“Kenapa di peringkat awal dahulu dia tidak memperjuangkan pembebasan Anwar? Kenapa sekarang? Sudah tentu kerana politik. Bukannya Anwar dipenjara kerana politik tetapi Dr. Mahathir cuba mempolitikkan pada saat kritikal ini iaitu pembebasan Anwar,” katanya.




Demikianlah Artikel DR. MAHATHIR KEHABISAN IDEA MAHU BEBASKAN ANWAR

Sekianlah artikel DR. MAHATHIR KEHABISAN IDEA MAHU BEBASKAN ANWAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DR. MAHATHIR KEHABISAN IDEA MAHU BEBASKAN ANWAR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/dr-mahathir-kehabisan-idea-mahu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :