BOMBA PAHANG PERIKSA 78 PUSAT TAHFIZ

BOMBA PAHANG PERIKSA 78 PUSAT TAHFIZ - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BOMBA PAHANG PERIKSA 78 PUSAT TAHFIZ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BOMBA PAHANG PERIKSA 78 PUSAT TAHFIZ
link : BOMBA PAHANG PERIKSA 78 PUSAT TAHFIZ

Baca juga


BOMBA PAHANG PERIKSA 78 PUSAT TAHFIZ


Bomba



Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang telah memeriksa 78 pusat tahfiz di seluruh negeri ini, bagi tempoh hujung September hingga pertengahan bulan ini.

Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri Penolong Penguasa Kanan Wan Mohd Nazlis Wan Ismail berkata daripada jumlah itu, 28 pusat tahfiz berkenaan merupakan pusat tahfiz persedirian yang tidak berdaftar.

"Lima pusat tahfiz yang diperiksa juga menyatakan kesediaan untuk berpindah selepas dinasihatkan berbuat demikian. Mereka ini sebenarnya merupakan pusat tahfiz cawangan dan akan kembali ke pusat tahfiz induk.

"Kita tidak sesekali berniat mahu menutup pusat tahfiz yang ada, cuma memberi nasihat dan pandangan supaya mereka boleh melakukan tindakan sewajarnya untuk kebaikan murid," katanya.

Wan Mohd Nazlis berkata demikian selepas menghadiri latihan kebakaran di Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) Tanjung Gelang di sini hari ini, yang disertai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (KPC), polis marin dan JBPM Pahang.

​​​​​​​​​Beliau menambah pihaknya juga mengalu-alukan maklumat dan kerjasama daripada orang awam atau pengusaha tahfiz untuk memanggil bomba membuat pemeriksaan di premis mereka bagi membolehkan penambahbaikan dilakukan.

"Kita juga akan terus mencari pusat tahfiz yang tidak berdaftar untuk menjalani pemeriksaan kerana keselamatan penghuninya menjadi keutamaan bomba," katanya.

Mengulas mengenai latihan itu, Wan Mohd Nazlis berkata secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan kepantasan semua anggota terlibat mengawal 'kebakaran' sebelum ketibaan jentera bomba kerana mengurangkan risiko kecederaan dan kehilangan nyawa selain meminimumkan kerugian.




Demikianlah Artikel BOMBA PAHANG PERIKSA 78 PUSAT TAHFIZ

Sekianlah artikel BOMBA PAHANG PERIKSA 78 PUSAT TAHFIZ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BOMBA PAHANG PERIKSA 78 PUSAT TAHFIZ dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/bomba-pahang-periksa-78-pusat-tahfiz.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :