Baru tahu kenapa tak balas WhatsApp ayah

Baru tahu kenapa tak balas WhatsApp ayah - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Baru tahu kenapa tak balas WhatsApp ayah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Baru tahu kenapa tak balas WhatsApp ayah
link : Baru tahu kenapa tak balas WhatsApp ayah

Baca juga


Baru tahu kenapa tak balas WhatsApp ayah

05/12/17

Nur A’liyah
Motosikal yang ditunggang Nur A’liyah ditemui berhampiran Jalan River Estet, Yong Peng.
(Ubah saiz teks)
BATU PAHAT - “Saya tertanya-tanya juga punca anak saya tak balas atau baca mesej WhatsApp. Saya sangka dia sedang menunggang motosikal,” kata Haslan Hamidan, 45.

Haslan berkata, kali terakhir anaknya, Nur A’liyah, 16, berbalas mesej dengannya ialah pada jam 6.55 pagi semalam dan mesej yang dihantar sekitar jam 7.04 pagi tidak dibalas ataupun dibaca anaknya.

Menurutnya, lebih mengejutkan apabila dia turut menerima panggilan telefon daripada Balai Polis Yong Peng yang menemui motosikal miliknya di tepi jalan tanpa kelihatan kelibat anaknya yang mesra dipanggil Along, pada jam 9.30 pagi.
“Jika diikutkan, ketika kejadian Isnin lalu, Along akan duduki ujian berkomputer bagi mendapatkan lesen memandu di Batu Pahat, selain turut bercuti daripada kerja sambilannya di sebuah restoran makanan segera di Yong Peng.

“Saya yang ketika itu sedang bekerja di Subang, Selangor, terkejut dengan panggilan itu dan bergegas pulang ke Yong Peng. Saya terus ke balai polis untuk mengetahui perkara sebenar dan pegawai penyiasat memaklumkan yang anak saya hilang, selain motosikal ditemui di Jalan River Estet, Yong Peng, berkeadaan masih baik,” katanya.

Haslan berkata, dia juga membuat semakan pendaftaran di hospital, namun nama anaknya tidak termasuk dalam senarai nama pesakit dan kini dia sekeluarga bingung dengan kehilangan anaknya itu.

Katanya, dalam masa sama dia turut memeriksa bilik dan semua barangan anaknya tidak hilang malah ada beberapa pakaian yang siap dibasuh.
“Apa dibawa hanyalah beg sandang yang biasanya diisi dengan telefon bimbit serta alat soleknya.

“Cuma yang saya bimbang, ada beberapa rakan baik Along kata dalam beberapa hari ini, seperti ada orang mengekorinya sehingga ke rumah. Buat masa ini saya tak syak sesiapa malah polis masih kategorikan kes sebagai orang hilang dan usaha untuk mencarinya masih dilakukan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pihaknya kini giat mencari mangsa berdasarkan laporan yang dibuat oleh keluarganya.

INFO
- Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hubungi balai polis berhampiran atau hubungi IPD Batu Pahat, 07-4343999


Demikianlah Artikel Baru tahu kenapa tak balas WhatsApp ayah

Sekianlah artikel Baru tahu kenapa tak balas WhatsApp ayah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Baru tahu kenapa tak balas WhatsApp ayah dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/baru-tahu-kenapa-tak-balas-whatsapp-ayah.html

Subscribe to receive free email updates: