BANJIR RAUB PULIH SEPENUHNYA

BANJIR RAUB PULIH SEPENUHNYA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BANJIR RAUB PULIH SEPENUHNYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BANJIR RAUB PULIH SEPENUHNYA
link : BANJIR RAUB PULIH SEPENUHNYA

Baca juga


BANJIR RAUB PULIH SEPENUHNYA


Banjir Raub pulih sepenuhnya


Pusat kawalan Operasi banjir (PKOB) daerah Raub tutup secara rasminya pagi tadi selepas keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah itu pulih sepenuhnya.

Tiga pusat pemindahan sementara yang dibuka di Surau RRM Cheroh 3, Balai Raya Kampung Ulu Sungai dan Surau Kuala Semantan juga sudah ditutup apabila semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah-masing-masing selepas banjir surut.

Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata,setakat ini penduduk Orang Asli Kampung Sungai Kelit,Raub masih terputus hubungan apabila jalan ke kampung berkenaan masih ditutup kepada semua kenderaan ekoran kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan kelmarin.

Menurutnya kerja-kerja pembersihan tanah runtuh yang dimukalan sejak petang kelmarin masih dalam tindakan pihak Jabatan kerja Raya (JKR).

“Bagaimanapun penduduk yang terjejas sudah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, petang semalam.

“Bantuan bekalan makanan dan barangan keperluan asas itu diserahkan kepada Tok Batin kampung berkenaan, Tambi Yin, 60, oleh pegawai dan anggota APM serta wakil JKM Daerah Raub yang sampai ke kawasan itu jam 4 petang semalam.,”katanya.

Zainal berkata, laluan yang tertimbus akibat kejadian tanah runtuh berikutan hujan lebat awal pagi Sabtu masih belum boleh dilalui semua jenis kenderaan.

"Kita hanya dapat memasuki kawasan berhampiran kampung berkenaan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

“Berdasarkan pemerhatian kami, kerja membersihkan kesan runtuhan tanah itu akan mengambil masa,”katanya.

Menurutnya, 20 wakil Orang Asli bersama Tok Batin terpaksa berjalan sejauh kira-kira dua kilometer untuk mengambil bantuan yang disediakan pihak JKM, semalam.

Zainal berkata, kerja membersihkan kesan runtuhan tanah itu masih dilakukan oleh petugas Jabatan Kerja Raya (JKR) dan turut dibantu 25 pegawai dan anggota APM.

Katanya, mereka sedang berusaha untuk membuka laluan alternatif untuk membolehkan motosikal melalui kawasan berkenaan terlebih dahulu bagi memudahkan penduduk kampung melakukan urusan harian mereka.




Demikianlah Artikel BANJIR RAUB PULIH SEPENUHNYA

Sekianlah artikel BANJIR RAUB PULIH SEPENUHNYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BANJIR RAUB PULIH SEPENUHNYA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/banjir-raub-pulih-sepenuhnya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :