WARGA FELDA JENGKA 12 LAWAT PARLIMEN

WARGA FELDA JENGKA 12 LAWAT PARLIMEN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul WARGA FELDA JENGKA 12 LAWAT PARLIMEN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : WARGA FELDA JENGKA 12 LAWAT PARLIMEN
link : WARGA FELDA JENGKA 12 LAWAT PARLIMEN

Baca juga


WARGA FELDA JENGKA 12 LAWAT PARLIMEN


Warga Felda Jengka 12 lawat Parlimen


Seramai 40 penduduk warga Felda Jengka 12 berpeluang mengadakan lawatan ke Parlimen bagi menyaksikan sendiri perjalanan Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Penggal Kelima, Parlimen Ke-13, 2017, kelmarin.

Ketua Peneroka Felda Jengka 12, Kamaruddin Salleh, 64, berkata, rombongan terdiri daripada Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pergerakan Wanita (GPW), Majlis Belia Felda dan Beliawanis mendapat tajaan pengangkutan bas daripada Ahli Parlimen Jerantut, Dato' Ahmad Nazlan Idris.

"Alhamdulillah terima kasih kepada Dato' Ahmad Nazlan yang menyantuni rombongan kami ke sana bagi menyaksikan sendiri lokasi diadakan Persidangan Dewan Rakyat.

"Ia merupakan peluang yang tidak mudah untuk diperoleh di mana ahli rombongan dapat merasai sendiri pengalaman wakil rakyat membawa suara penduduk ke Parlimen.

"Rombongan tiba tengah hari dan berada menunggu sehingga petang untuk melihat sendiri Perbahasan Dasar RUU Belanjawan 2018. Di samping menambah ilmu, kami juga dapat merapatkan ukhwah sesama Felda Jengka 12," katanya.

Sementara itu, Bendahari MBFM Zamilah Hamzah berkata, antara objektif program lawatan ini ialah untuk mendedahkan kepada peserta suasana secara langsung persidangan di Dewan Rakyat; meningkatkan semangat jati diri; memupuk semangat patriotisme; mendedahkan kepada peserta perjalanan persidangan dan berinteraksi dengan ahli yang berhormat.

Menurutnya, sebelum memasuki galeri awam untuk mengikuti persidangan, peserta telah diberikan taklimat ringkas mengenai beberapa peraturan yang harus dipatuhi terutamanya ketika mengikuti persidangan.

"Ini merupakan perkara dan prosedur biasa. Antaranya, semua telefon bimbit hendaklah dimatikan terus. Bila masuk dan keluar dari galari persidangan, kepala hendaklah ditundukkan sedikit.

"Kami juga berpeluang bertemu empat mata dan beramah mesra dengan wakil rakyat daerah lain. Ini semua pengalaman manis buat kami warga Felda Jengka 12," katanya.




Demikianlah Artikel WARGA FELDA JENGKA 12 LAWAT PARLIMEN

Sekianlah artikel WARGA FELDA JENGKA 12 LAWAT PARLIMEN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel WARGA FELDA JENGKA 12 LAWAT PARLIMEN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/warga-felda-jengka-12-lawat-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :