[Video Nan: How can man! Marah Umno ni kenapa?] Ayat 'setan' pemimpin Umno.

[Video Nan: How can man! Marah Umno ni kenapa?] Ayat 'setan' pemimpin Umno. - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Nan: How can man! Marah Umno ni kenapa?] Ayat 'setan' pemimpin Umno., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Nan: How can man! Marah Umno ni kenapa?] Ayat 'setan' pemimpin Umno.
link : [Video Nan: How can man! Marah Umno ni kenapa?] Ayat 'setan' pemimpin Umno.

Baca juga


[Video Nan: How can man! Marah Umno ni kenapa?] Ayat 'setan' pemimpin Umno.

Ahad, 26 November 2017

Related image

Related image

Ayat setan pemimpin Umno


"Saya pun pernah jadi pelajar, (tetapi) kerana dasar Umno yang kamu dapat masuk universiti.
“Apa salah Umno? Balik nanti renung siapa saya, siapa ibu-bapa saya, bagaimana saya jadi macam ini. Renungkan kerana kita sudah lupa kerana kita orang Islam tetapi tak bersyukur apa yang kita ada,”
Ini adalah petikan kata-kata Tengku Adnan Tengku Mansor dalam ucapannyaketika merasmikan Majlis Nadi Negara di PWTC yang dilaporkan Malaysiakini. Jika saya salah petik, sila salahkan wartawan dan editor Malaysiakini.
Saya pernah dengar ayat yang hampir sama seperti kata-kata Tengku Adnan ketika saya masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi dalam sesi induksi pelajar baru. Malah dalam latihah BiroTata Negara, saya mendengar ayat-ayat yang hampir serupa.
Penggunaan sentimen "Melayu", "ibu bapa", "Tuhan" dan "agama" adalah modus operandi mencuci otak budak-budak Melayu yang masih muda dan kosong seperti saya ketika itu.
Bagi saya ini adalah ungkapan biadab gerombolan pemimpin Umno kepada anak Melayu.
Saya ambil keratan kata-kata Tengku Adnan "bagaimana saya jadi macam ini” untuk saya jelaskan. Penjelasan saya ini adalah buat anak-anak muda di luar sana.
Selepas diindoktrinasi di IPT, saya pulang ke kampung bertemu ayah. Dalam satu sesi, rakan-rakan ayah saya dari gerombolan Umno totok sedang berbual dan saya dipanggil lepak bersama. Saya masuk dan duduk dengan rasa segan dan hormat berdepan dengan orang-orang otai tua Umno ini.
Mereka tanyakan bagaimana perasaan masuk menara gading sebagai pelajar? Saya jawab “biasa saja”.
Rupanya soalan ini hanya mukadimah, otai-otai Umno ini kemudiannya memberi ceramah yang kekal dalam iingatan saya hingga hari ini.
Kata mereka, kerana Umnolah, budak seperti saya merasa masuk menara gading, tanpa Umno budak seperti saya takkan dapat bersaing. Dan yang paling saya tidak lupa bila mereka katakan, keputusan peperiksaan SPM saya hanya syarat, bukan keputusan itu yang melayakkan saya masuk universiti, tetapi usaha Umno.
Otai-otai ini berceramah sambil tersenyum memegang bahu saya dan berpesan "jangan lupa jasa Umno". Selepas itu, mereka bergelak ketawa gembira.
Selepas sesi itu saya merasa sangat resah. Saya rasa sia-sia belajar siang malam untuk skor peperiksaan kerana akhirnya usaha itu rupa-rupanya bukanlah pencapaian saya, tetapi usaha dan pencapaian pihak lain.
k nanti dikeluarkan menjadi produk Umno. Saya sebagai produk ini kelak akan dijaja kepada umum sebagai kejayaan Umno.
Saya rasa perasaan yang begitu sial.
Selepas peristiwa itu, otak saya sebagai pelajar rosak teruk. Saya seterusnya mengambil jalan sukar dalam hidup, saya konflik dengan diri sendiri, merasa rendah jiwa yang amat dan saya jadi liar.
Saya kemudiannya mengambil pilihan yang drastik dan melampau dalam usia yang terlalu muda. Saya mula mencipta pelbagai masalah dengan fakulti, dalam kelas, tidak hadir peperiksaan, berfoya-foya dan akhirnya saya menggagalkan diri saya dan seterusnya dibuang dari ITM.
Ibu bapa saya tidak dapat marah kerana yang mereka tahu saya gagal peperiksaan, bukan saya lari dan berhenti belajar suka-suka. Maka itu ibu bapa saya pasrah. Selepas dibuang saya merasa begitu lega dan merasa bebas.
Dengan hidup sendiri, cari makan sendiri tanpa bantuan ibu bapa, saya mengambil masa hampir 20 tahun yang memenatkan untuk menyiapkan sendiri diploma dan ijazah yang saya cicirkan suatu ketika dulu.
Semua ini saya usaha dengan titik peluh sendiri, dengan wang gaji dan upah yang disimpan sedikit-sedikit termasuk dengan sokongan rakan-rakan sekeliling.
Saya buktikan pada diri saya, tanpa Umno dan dananya, saya boleh belajar dan menggenggam ijazah walaupun berpayah puluhan tahun, saya merasa cukup puas.
"Bagaimana saya jadi macam ini"? Kerana inilah.
Wahai anak-anak Melayu, bangkitlah dari lena dan penipuan ayat-ayat setan pemimpin Umno.
Benar, Umno sebagai parti politik yang menjadi kerajaan telah membina dan menyediakan kemudahan kepada pelajar di segala peringkat. Itu adalah tugas dan tanggungjawab mana-mana kerajaan sekalipun bukan parti Umno yang memerintah.
Saya memahami mengapa Umno mahukan kredit atas usaha mereka itu, tetapi biarlah waras dan berpada-pada.
Tidak perlu sampai mengatakan tanpa Umno anak Melayu akan tercicir atau tak boleh bersaing dan mereka semua perlu bersyukur kepada Umno. Ini merepek.
Hakikatnya, mereka yang berjaya atau gagal itu adalah atas usaha sendiri. Apabila ada anak yang gagal, anak itu yang dikatakan lemah dan salah, atau mungkin ibu bapa atau guru. Mengapa tidak salahkan Umno?
Buat anak Melayu, usahalah, pilihlah dan capailah apa saja yang kamu mahu kerana kamu mampu. Kejayaan itu kelak adalah kejayaan kamu, bukan Umno. – 26 November, 2017.
* Mahdzir Ibrahim ialah pembaca The Malaysian Insight. 
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
The Malaysian Insight



Demikianlah Artikel [Video Nan: How can man! Marah Umno ni kenapa?] Ayat 'setan' pemimpin Umno.

Sekianlah artikel [Video Nan: How can man! Marah Umno ni kenapa?] Ayat 'setan' pemimpin Umno. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Nan: How can man! Marah Umno ni kenapa?] Ayat 'setan' pemimpin Umno. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/video-nan-how-can-man-marah-umno-ni.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :