[Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?

[Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual? - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?
link : [Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?

Baca juga


[Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?

Sabtu, 25 November 2017

Related image

Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?


KUALA LUMPUR, 24 NOV: Hanya 11,944 atau 10 peratus daripada 141,661 unit rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah dijual.
Peratusan kecil itu, dakwa Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Yusuf adalah disebabkan oleh kegagalan pemohonan untuk mendapatkan pinjaman.
Justeru itu, katanya, ia membangkitkan persoalan mengenai lambakan rumah PR1MA yang tidak mampu untuk dijual.
“Difahamkan bahawa sekiranya bakal pembeli tidak berjaya mendapatkan pinjaman untuk membeli rumah PR1MA, unit rumah itu akan dibuka untuk permohonan semula.
“Namun persoalan di atas adalah dalam konteks sekiranya unit rumah itu terus menerus tidak dapat dijual,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, lambakan rumah yang tidak terjual akan menyebabkan ketidakseimbangan pasaran perumahan yang akan turut menjejaskan ekonomi negara.
Edry turut mempersoalkan mengenai skim sewa beli (RTO) yang diumumkan pada 2015 namun sehingga kini masih tidak dibuka untuk permohonan.
“Sepatutnya jika permohonan pinjaman pembeli ditolak oleh pihak bank, pembeli boleh dipertimbangkan untuk menyertai skim RTO.
“Mengikut Skim ini, pemohon akan dapat menyewa rumah PR1MA sehingga 10 tahun, sebelum memutuskan untuk membelinya pada akhir tahun kelima dan kesepuluh, pada harga yang telah ditetapkan,” katanya.
Ahli Majlis Perbandaran Selayang itu turut ingin tahu mengenai perjanjian antara PR1MA dengan syarikat pemaju.
“Disebabkan kekurangan tanah hak milik kerajaan yang boleh diusahakan untuk perumahan PR1MA, terdapat usaha sama dengan pihak pemaju perumahan dalam membina perumahan PR1MA.
“Apabila ini berlaku, ia membuka peluang kepada pemaju untuk menaikkan tahap keuntungan mereka dan seterusnya menjadikan harga rumah lebih tinggi dari harga yang sepatutnya.
“Pihak PR1MA perlu telus dalam perjanjian tahap keuntungan yang ditetapkan dengan syarikat pemaju,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak PR1MA dapat menjawab persoalan yang dibangkitkannya secara terbuka kepada umum.
“Projek PR1MA diwujudkan bertujuan menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat Malaysia.
“Maka setiap rakyat Malaysia berhak mendapatkan penjelasan lanjut. Saya yakin ramai di luar sana yang turut tertanya-tanya dan mahu mendapatkan penjelasan yang jitu,” katanya. – Roketkini.com


Demikianlah Artikel [Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual?

Sekianlah artikel [Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video GST BOLEH DIHAPUSKAN~Kurangkan Bebanan Rakyat Miskin] Apa jadi dengan lambakan rumah PR1MA yang tidak terjual? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/video-gst-boleh-dihapuskankurangkan.html

Subscribe to receive free email updates: