Tindakan Amiruddin isyarat buat ahli Pas

Tindakan Amiruddin isyarat buat ahli Pas - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan Amiruddin isyarat buat ahli Pas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan Amiruddin isyarat buat ahli Pas
link : Tindakan Amiruddin isyarat buat ahli Pas

Baca juga


Tindakan Amiruddin isyarat buat ahli Pas

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Tindakan Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang mengumumkan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan satu isyarat jelas kepada ahli dan kepimpinan Pas untuk beralih sokongan kepada Pakatan Harapan selepas ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengumuman oleh Amiruddin tersebut menunjukkan bahawa ahli dan pemimpin Pas mempunyai pelbagai pilihan melalui Pakatan Harapan sekiranya tidak selesa dengan pendekatan dibawa oleh parti Islam tersebut.

"Keputusan beliau (Amiruddin) bukannya merupakan sesuatu yang mengejutkan memandangkan terdapat beberapa siri perbincangan dilakukan sebelum ini.
"Dan ini menjadi isyarat di mana  jika ada antara mereka (ahli Pas) yang tidak selesa dengan pendekatan Pas, maka mereka boleh pilih untuk bersama dengan mana-mana parti gabungan di bawah Pakatan Harapan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sidang media mengumumkan mengenai kemasukan Amiruddin selepas menerima borang keahlian beliau walaupun sebelum ini dirinya dikaitkan dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sehubungan itu, Mahfuz memaklumkan bahawa dengan kemasukan Amiruddin tersebut, Pakatan Harapan di Kedah ini mempunyai barisan kepimpinan negeri yang lebih mantap dan menyakinkan dalam menghadapi perang PRU14 nanti.

“Kita ada bekas menteri besar, kita juga ada bekas exco kanan serta mereka-mereka yang pernah berkhidmat dalam pelbagai sektor kerajaan mahupun swasta dan ini menjanjikan kepimpinan mantap dalam Pakatan Harapan di Kedah," katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas sama ada beliau akan mengikut jejak langkah Amiruddin, Mahfuz memaklumkan bahawa pihaknya mempunyai tugas dan komitmen berterusan untuk mendekati ahli Pas.
Menurut beliau, langkah itu dapat memberi isyarat kepada ahli Pas yang lain bahawa mereka mereka boleh menyokong Pakatan Harapan walaupun masih bersama parti Islam tersebut.

"Tak timbul isu saya tak akan keluar Pas atau tidak. Ini signal untuk ahli Pas lain bahawa tak ada masalah untuk mereka menyokong Pakatan Harapan walaupun masih bersama Pas," katanya.

Disamping itu, Mahfoz berharap agar isu bai'ah dibangkitkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak dijadikan alat bagi menakut-nakutkan ahli lain yang berhasrat untuk menyokong Pakatan Harapan.
Beliau berkata, sewaktu penubuhan Amanah, terdapat banyak pendapat dilontarkan oleh cendekiawan Islam yang memberi pandangan mengenai isu bai'ah tersebut.

"Jangan jadikan isi bai'ah ini untuk tutup kelemahan yang ada pada Pas dan bagi saya isu ini telah berlalu," katanya.


Demikianlah Artikel Tindakan Amiruddin isyarat buat ahli Pas

Sekianlah artikel Tindakan Amiruddin isyarat buat ahli Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan Amiruddin isyarat buat ahli Pas dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/tindakan-amiruddin-isyarat-buat-ahli-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :