Semak semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam: Cuepacs

Semak semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam: Cuepacs - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semak semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam: Cuepacs, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semak semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam: Cuepacs
link : Semak semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam: Cuepacs

Baca juga


Semak semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam: Cuepacs

Sinar Harian
 Azih Muda
Azih Muda
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan semakan semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi meringankan beban penjawat awam yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata  Ceupacs turut meminta kerajaan mengkaji semula Elaun Perumahan Wilayah untuk penjawat awam di Sabah dan Sarawak yang tidak  disemak sejak lebih  10  tahun  lepas.

"Dalam pada itu, kerajaan juga perlu menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah dibatalkan kerana sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai SST (Sistem Saraan Transformatif) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013 tidak merangkumi   semua  skim perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri  Program Bual Bicara terbitan Bernama News Channel di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Azih berkata cadangan Cuepacs itu adalah berdasarkan kepada situasi ekonomi sekarang yang memberi kesan kepada penjawat awam akibat kenaikan harga barang justeru kerajaan wajar melakukan semakan  gaji  dan imbuhan penjawat awam bagi mengurangkan tekanan hidup yang mereka hadapi.

Untuk rekod, Imbuhan Tetap Khidmat Awam tidak disemak semula  oleh kerajaan sejak sedekad yang lepas, dan Ceupacs berpendapat kerajaan perlu memberi perhatian terhadap kebajikan penjawat  awam  terutama  mereka yang berkeluarga, katanya.

Mengenai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) , Cuepacs mendapat laporan bahawa sebanyak 48 peratus permohonan sehingga kini telah ditolak kerana tidak memenuhi kriteria gaji yang ditetapkan LPPSA.

Sehubungan itu, Cuepacs mencadangkan agar kadar faedah pinjaman LPPSA dikurangkan daripada empat peratus kepada hanya satu peratus bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki  rumah  idaman, kata Azih. - Bernama


Demikianlah Artikel Semak semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam: Cuepacs

Sekianlah artikel Semak semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam: Cuepacs kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semak semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam: Cuepacs dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/semak-semula-imbuhan-tetap-khidmat-awam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :