PRU kali ini, BN dalam kritikal?

PRU kali ini, BN dalam kritikal? - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU kali ini, BN dalam kritikal?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU kali ini, BN dalam kritikal?
link : PRU kali ini, BN dalam kritikal?

Baca juga


PRU kali ini, BN dalam kritikal?

Malaysiakini 26/11/17

Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu mendekati pengundi kali pertama dalam kalangan golongan muda yang akan menentukan keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU 14), kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata kebanyakan pengundi baru dilihat masih belum mempunyai komitmen kepada mana-mana parti politik.

“Kita selaku Pemuda BN perlu memainkan peranan masing-masing mendekati secara bersemuka dan memahami harapan serta kebimbangan mereka tentang peningkatan kos sara hidup, inflasi dan sebagainya.

“Pada pandangan saya mereka belum berkeputusan menyokong, tiada kesetiaan terhadap mana-mana parti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda myPPP di Wisma Felcra, hari ini.
Turut hadir Ketua Pemuda myPPP Sathiah Sudakaran, Naib Presiden Kanan myPPP Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz serta barisan kepimpinan Pemuda myPPP.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata semua sayap Pemuda BN perlu memainkan peranan dan bekerjasama untuk memastikan rakyat tidak mempunyai persepsi negatif terhadap BN sebagai parti yang jauh daripada rakyat.

Beliau juga mahu Pemuda BN bekerja keras dan memastikan rakyat tidak sewenang-wenangnya terpedaya dengan janji pembangkang yang bersifat populis.

“PRU kali ini sangat kritikal dan mencabar untuk BN mempertahankan rekod kemenangan demi masa depan dan saya yakin rakyat dapat memberi mandat dengan mempertimbangkan rekod pencapaian BN selama ini,” katanya.
Sementara itu, Sathiah berharap Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertimbangkan Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas sebagai calon bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14.

Dalam ucapan dasar pada perhimpunan itu, beliau menzahirkan keyakinan bahawa Kayveas akan membantu dalam pembangunan negara. -Bernama



Demikianlah Artikel PRU kali ini, BN dalam kritikal?

Sekianlah artikel PRU kali ini, BN dalam kritikal? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU kali ini, BN dalam kritikal? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/pru-kali-ini-bn-dalam-kritikal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :