PPBM MUNGKIN HILANG KELAYAKAN BERTANDING

PPBM MUNGKIN HILANG KELAYAKAN BERTANDING - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM MUNGKIN HILANG KELAYAKAN BERTANDING, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM MUNGKIN HILANG KELAYAKAN BERTANDING
link : PPBM MUNGKIN HILANG KELAYAKAN BERTANDING

Baca juga


PPBM MUNGKIN HILANG KELAYAKAN BERTANDING


Lafaz Ikrar bebas Rasuah


Kuala Terengganu - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berdepan tamparan hebat dengan kemungkinan hilang kelayakan menyertai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) jika masih gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) dalam tempoh yang ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Surayati Ibrahim berkata, parti berkenaan didapati melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966 kerana kegagalannya mengadakan AGM dalam tempoh sepatutnya.

Jelas beliau, PPBM yang pertubuhannya telah diluluskan lebih setahun lalu sepatutnya selesai mengadakan AGM dalam tempoh berkenaan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Beliau mengakui pihaknya menerima permohonan penangguhan AGM daripada PPBM tetapi ia tertakluk kepada perlembagaan parti itu sendiri yang perlu mengadakan mesyuarat itu dalam tempoh tersebut.

"Parti ini (PPBM) telah diluluskan sejak lebih setahun lalu iaitu pada September 2016 dan jika ikut perlembagaan, mereka kena adakan AGM. Dengan kemukakan alasan wujud kelemahan dari segi struktur dalaman parti, itu bukan masalah kita.

"Mereka sepatutnya perlu bersedia, jangan beri pelbagai alasan berkenaan masalah parti, ia perlu diselesaikan segera supaya mereka dapat buat AGM dan boleh sertai PRU (PRU-14)," tegas beliau.

Surayati menyatakan perkara itu dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Pengukuhan Pertubuhan Berkualiti dan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Persatuan Bersama ROS, di sini semalam.

Beliau seterusnya tidak menolak kemungkinan parti terbabit bakal berdepan tindakan dibubarkan jika parti itu gagal mematuhi tempoh rayuan yang ditetapkan.

Mengulas lanjut, katanya, berdasarkan perlembagaan PPBM, parti itu perlu mengadakan mesyuarat cawangan dalam tempoh 14 hari mesyuarat bahagian manakala mesyuarat perwakilan bahagian pula dalam 60 hari sebelum mesyuarat agung dilangsungkan.

Sehubungan itu, menurut Surayati, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh pada 30 November ini untuk berbincang lanjut mengenai perkara itu.




Demikianlah Artikel PPBM MUNGKIN HILANG KELAYAKAN BERTANDING

Sekianlah artikel PPBM MUNGKIN HILANG KELAYAKAN BERTANDING kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM MUNGKIN HILANG KELAYAKAN BERTANDING dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/ppbm-mungkin-hilang-kelayakan-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :