Mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 11,000

Mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 11,000 - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 11,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 11,000
link : Mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 11,000

Baca juga


Mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 11,000

 | November 29, 2017
Portal eBanjir Kelantan melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan hingga petang ini manakala hujan kadangkala lebat masih berlaku di beberapa kawasan negeri ini.
banjir-kelantan-1KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 11,341 orang setakat 5.00 petang ini berbanding 8,574 orang 4 jam sebelum itu.
Kesemua mangsa ditempatkan di 101 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di 9 jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan Pasir Mas mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 7,035 orang daripada 2,847 keluarga yang dipindahkan ke 40 PPS, diikuti Kota Bharu dengan 1,499 mangsa daripada 376 keluarga dipindahkan ke 13 PPS.
Sebanyak 19 PPS dibuka di Tanah Merah menempatkan 835 mangsa daripada 245 keluarga manakala 819 orang daripada 244 keluarga ditempatkan di 13 PPS di Pasir Puteh.

Di Bachok pula, seramai 313 orang daripada 75 keluarga ditempatkan di 2 PPS manakala 385 mangsa daripada 115 keluarga ditempatkan di 9 PPS di Machang.
Selain itu, di Kuala Krai, seramai 282 mangsa daripada 74 keluarga dipindahkan ke 6 PPS, 40 orang daripada 9 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Jeli dan 133 mangsa membabitkan 39 keluarga dipindahkan ke 3 PPS di Tumpat.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.66m pada pukul 5.00 petang berbanding 10.61m pada 12.00 tengah hari tadi. Paras bahaya ialah 9m.
Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula berada di paras bahaya iaitu 3.42m (bahaya 2.50m).

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan hingga petang ini manakala hujan kadangkala lebat masih berlaku di beberapa kawasan di negeri ini.
FMT


Demikianlah Artikel Mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 11,000

Sekianlah artikel Mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 11,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mangsa banjir Kelantan meningkat kepada 11,000 dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/mangsa-banjir-kelantan-meningkat-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: