Mahkamah Sahkan Pesuruhjaya Pas Perak Kaki Fitnah

Mahkamah Sahkan Pesuruhjaya Pas Perak Kaki Fitnah - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Sahkan Pesuruhjaya Pas Perak Kaki Fitnah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Sahkan Pesuruhjaya Pas Perak Kaki Fitnah
link : Mahkamah Sahkan Pesuruhjaya Pas Perak Kaki Fitnah

Baca juga


Mahkamah Sahkan Pesuruhjaya Pas Perak Kaki Fitnah

Razman kena bayar RM200,000 kepada Nizar


PESURUHJAYA PAS Perak, Razman Zakaria. - Foto Muhaizan Yahya

PESURUHJAYA PAS Perak, Razman Zakaria. - Foto Muhaizan Yahya
Razman kena bayar RM200,000 kepada Nizar

IPOH: Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar RM200,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkaitan kes saman fitnah.

Saman itu difailkan oleh Mohammad Nizar, dua tahun lalu.

Hakim D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan selepas mahkamah berpuas hati kenyataan Razman selaku defendan yang tersiar di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah terhadap Mohammad Nizar sebagai plaintif.

Sebelum ini, Mohammad Nizar yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan kini Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, memfailkan saman fitnah, RM3 juta di Mahkamah Tinggi di Ipoh.

Bagaimanapun, mahkamah kemudian membuat keputusan kes itu lebih sesuai didengar di Mahkamah Sesyen.

Plaintif memfailkan saman itu terhadap dua perenggan dalam artikel akhbar berkenaan yang mengaitkannya sebagai menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP.

Plaintif diwakili oleh Asmuni Awi dan Fitri Asmuni manakala defendan diwakili oleh Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Mohd Zamri berkata alasan mahkamah ketika membuat keputusan itu ialah plaintif berjaya membuktikan artikel itu ada unsur fitnah, penerbitan sudah berlaku dan tuntutan balas dan bukti dikemukakan defendan tidak cukup kuat untuk menolak saman plaintif.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat anak guamnya sama ada untuk memohon penangguhan keputusan itu atau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Asmuni berkata, pihaknya mengemukakan dua saksi sepanjang perbicaraan kes itu berlangsung manakala defendan tidak mengemukakan saksi lain kecuali dirinya. - bhonline



Demikianlah Artikel Mahkamah Sahkan Pesuruhjaya Pas Perak Kaki Fitnah

Sekianlah artikel Mahkamah Sahkan Pesuruhjaya Pas Perak Kaki Fitnah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Sahkan Pesuruhjaya Pas Perak Kaki Fitnah dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/mahkamah-sahkan-pesuruhjaya-pas-perak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :