Judul : Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin 5 pelajar UM
link : Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin 5 pelajar UM
Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin 5 pelajar UM
Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan UM berhubung penglibatan pelajar terbabit dalam ceramah Anwar Ibrahim pada 2014.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tindakan disiplin oleh Universiti Malaya (UM) terhadap 5 bekas pelajarnya kerana penglibatan mereka dalam ceramah yang menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober 2014.
Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk David Wong Dak Wah, Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Zabariah Mohd Yusof sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan jawatankuasa disiplin pelajar UM, jawatankuasa rayuan, lembaga pengarah, bendahari dan universiti itu dengan kos RM2,000.
Hakim Wong yang mempengerusikan panel mahkamah itu menegaskan tiada kekhilafan boleh dirayu yang dilakukan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.
Beliau membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan peguam Mubashir Mansor yang mewakili UM, bagaimanapun berkata mahkamah tidak semestinya perlu mendengar penghujahan daripada peguam New Sin Yew mewakili pelajar berkenaan.
Pada 29 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan semakan kehakiman yang difailkan bekas pelajar universiti itu terhadap jawatankuasa disiplin yang mendapati mereka bersalah terhadap dakwaan disiplin dan mengenakan hukuman sama ada digantung pengajian, denda atau diberi amaran keras.
Pelajar terbabit – bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan ahli jawatankuasanya ketika itu Safwan Shamsuddin, Adam Fistival Wilfrid, Haw Yu Hong dan Khairol Najib Hashim – masing-masing tamat pengajian tahun lepas dan tahun ini.
Universiti itu menggantung Fahmi 2 semester dan mengenakan denda RM600; Safwan digantung 1 semester dan denda RM300, Adam dan Haw masing-masing didenda RM150 manakala Khairol pula diberi amaran.
Kelima-lima mereka membawa perkara itu ke Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman keputusan lembaga berkenaan.
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman mereka untuk membatalkan keputusan lembaga itu dengan memutuskan prosiding disiplin itu tidak kendalikan sejajar dengan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya Tatatertib Pelajar-Pelajar 1997.
Selepas mahkamah menyampaikan keputusannya, Mubashir memberitahu pemberita beliau akan mendapatkan arahan daripada anak guamnya sama ada untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.
Peguam Damian Kiethan membantu beliau.
FMT
Demikianlah Artikel Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin 5 pelajar UM
Sekianlah artikel Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin 5 pelajar UM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah kekal keputusan tolak tindakan disiplin 5 pelajar UM dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/mahkamah-kekal-keputusan-tolak-tindakan.html