[LIPIS] KEPILUAN IBU TUNGGAL TERUBAT

[LIPIS] KEPILUAN IBU TUNGGAL TERUBAT - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LIPIS] KEPILUAN IBU TUNGGAL TERUBAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LIPIS] KEPILUAN IBU TUNGGAL TERUBAT
link : [LIPIS] KEPILUAN IBU TUNGGAL TERUBAT

Baca juga


[LIPIS] KEPILUAN IBU TUNGGAL TERUBAT


Kepiluan ibu tunggal terubat


Pemergian anak tersayang akibat radang paru-paru atau pneumonia pada Ogos lalu begitu dirasai seorang ibu tunggal, dari Taman Cheneras Indah, di sini.

Masakan tidak, anak tersayang, Allahyarham Amirul Nizam Mohd Ali, 42, yang menjadi tempat bergantung hidup pergi buat selama-lamanya setelah menderita sakit dan sering keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, kesulitan Aminah Hamzah, 69, sedikit terubat apabila Majlis Daerah Lipis (MDL) menyampaikan wang insurans bernilai RM10,500 hasil caruman arwah Amirul Nizam yang merupakan Pembantu Penilaian W19, MDL di sini.

Menurutnya, dia terkejut dan tidak menyangka apabila diziarahi oleh Setiausaha MDL, Mohd Pauzi Abu Hussaini serta dimaklumkan untuk menerima sumbangan wang insurans anaknya di kediaman, Taman Cheneras Indah di sini.

Selain wang insurans, Aminah juga menerima sumbangan cek bayaran faedah cuti rehat dan sebahagian gaji bulanan anaknya bernilai RM7,074.34 ketika arwah berkhidmat di MDL.

Mohd Pauzi berkata, Amirul Nizam mula berkhidmat di MDL pada 3 Mei 2007 dan kemudiannya disahkan mengalami penyakit berkenaan sejak awal tahun ini sehingga meninggal dunia pada Ogos lalu.

“Kita sumbangkan wang insurans, faedah cuti rehat dan baki gaji bulanan arwah Amirul Nizam sekurang-kurangnya dapat ringankan beban keluarganya terutama kepada emaknya yang berstatus ibu tunggal dan tak mampu bekerja.

“Inilah tanggungjawab sosial kami dalam menangani kebajikan pegawai dan kakitangan di sini bukan saja kes kematian malah juga hulurkan bantuan kecemasan lain selari dengan ajaran Islam dan nilai kemanusiaan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di Taman Cheneras Indah, di sini baru-baru ini.

Hadir sama Penolong Setiausaha MDL, Zuriadah Abd Razak.

Mohd Pauzi berkata, arwah merupakan seorang kakitangan yang sangat aktif dalam sukan petanque dan pernah menjadi pegawai teknikal di Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Kuantan pada 2012.

“Dia (arwah) juga pernah mewakili PBT negeri ini dalam acara petanque sempena Kejohanan Majlis Kebajikan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) pada 2013 dan 2014.

“Kita rasai pemergian Amirul Nizam, seorang kakitangan yang sangat dedikasi semasa bertugas dan merupakan rakan sekerja cukup peramah serta aktif dalam kerja kemasyarakatan,” katanya.

Sementara itu, Aminah berkata, Amirul Nizam masih bujang merupakan anak kedua dari empat beradik tinggal bersamanya dan dialah tempat bergantung segala urusan keluarga.

“Apa pun saya reda ketentuan ALLAH dan sekali lagi berterima kasih kepada setiausaha dan kakitangan pejabat MDL yang hadir menyampaikan sumbangan kebajikan ini,” katanya.




Demikianlah Artikel [LIPIS] KEPILUAN IBU TUNGGAL TERUBAT

Sekianlah artikel [LIPIS] KEPILUAN IBU TUNGGAL TERUBAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] KEPILUAN IBU TUNGGAL TERUBAT dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/lipis-kepiluan-ibu-tunggal-terubat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :