[KUANTAN] PENANTIAN MILIKI RUMAH BERAKHIR

[KUANTAN] PENANTIAN MILIKI RUMAH BERAKHIR - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] PENANTIAN MILIKI RUMAH BERAKHIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] PENANTIAN MILIKI RUMAH BERAKHIR
link : [KUANTAN] PENANTIAN MILIKI RUMAH BERAKHIR

Baca juga


[KUANTAN] PENANTIAN MILIKI RUMAH BERAKHIR


Penantian miliki rumah berakhir


Selepas 11 tahun menunggu permohonan mendapatkan rumah Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Pandan, akhirnya 56 penerima baru berjaya memiliki rumah sewa beli itu.

Bagi penerima, Ros Johan yusoff, 44, dia memohon rumah berkenaan pada tahun 2006 memandangkan dia tidak mempunyai rumah dan hanya menumpang di rumah arwah ibu di Batu Lima.

Menurutnya, dia yang bekerja sebagai tukang cuci amat memerlukan rumah berkenaan kerana konsep sewa beli yang ditawarkan.

“Pada bulan lalu, saya mendapat surat tawaran untuk menduduki rumah ini dan ia adalah berita gembira buat kami sekeluarga yang sudah lama menunggu.

“Saya dan suami, Mamat Kadir, 52, serta tiga anak yang lain bersyukur dengan tawaran ini kerana kadar sewa RM228 adalah di dalam kemampuan kami berbanding menyewa rumah lain,”katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk dan Penyerahan Kunci Rumah Projek Perumahan Awan Kos Rendah (PAKR) Sungai Pandan, semalam.

Hadir menyampaikan, Adun Panching, Dato' Mohd Zaili Besar.

Kegembiraan turut dirasai oleh Laden Omar, 38, yang berjaya mendapat tawaran rumah berkenaan selepas tujuh tahun memohon.

Katanya, buat masa ini dia dan isteri, Yusalwati Mohd Yusof, 38, sekeluarga menumpang di rumah saudara.

Laden

“Saya bekerja sendiri dengan pendapatan tidak seberapa, jadi dengan tawaran rumah ini, saya amat bersyukur kerana kami akan dapat duduk di rumah ini tidak lama lagi,”kata bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Sementara itu, Mohd Zaili berkata, pemilihan penerima rumah berkenaan adalah berdasarkan kelayakan mereka seperti pendapatan isi rumah dan sebagainya.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa banyak permohonan diterima namun hanya yang layak berjaya selain tawaran dilakukan secara berperingkat.

“Saya amat berharap penerima rumah ini dapat membayar sewa bulanan mengikut masa dan tidak mengambil kesempatan dengan menyewa rumah ini kepada pihak lain.

“Saya juga mahu pihak bertanggungjawab memastikan rumah-rumah di sini diduduki pihak yang betul seperti di dalam surat tawaran kerana saya mendapat maklumat ada yang tidak tinggal di sini malah tidak membayar sewa bulanan yang ditetapkan,”katanya.

Mohd Zaili berkata, selain isu tersebut, dia amat berharap penduduk bekerjasama dalam memastikan keselamatan dan kebersihan kawasan terjamin.

“Saya juga akan meneliti cadangan penduduk hasil dialog yang diadakan pada program ini,”katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] PENANTIAN MILIKI RUMAH BERAKHIR

Sekianlah artikel [KUANTAN] PENANTIAN MILIKI RUMAH BERAKHIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] PENANTIAN MILIKI RUMAH BERAKHIR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/kuantan-penantian-miliki-rumah-berakhir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :