Judul : [KUANTAN] MOHON SEGERAKAN PEMBINAAN JALAN
link : [KUANTAN] MOHON SEGERAKAN PEMBINAAN JALAN
[KUANTAN] MOHON SEGERAKAN PEMBINAAN JALAN
Kerajaan diminta mempercepatkan kelulusan permohonan membaik pulih dan melebarkan Jalan Panching, di sini, khususnya jalan di hadapan Kem 4 Briged Mekanize bagi memberi keselesaan kepada penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.
Adun Pulai Manis, Dato' Khairuddin Mahmud berkata, keadaan dan keluasan jalan sedia ada dilihat tidak lagi sesuai memandangkan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan itu semakin meningkat.
Menurutnya juga, banyak kenderaan yang melalui kawasan itu dan singgah di warung-warung sepanjang laluan terbabit terdedah dengan risiko kemalangan.
“Penduduk sekitar ada suarakan perkara ini dan harapan mereka agar projek membaik pulih dan melebarkan laluan itu terutama di hadapan kem tentera tersebut dapat dilaksanakan segera.
“Saya juga telah membawa permintaan penduduk ini kepada pihak berwajib dan berharap kerajaan dapat mempercepatkan kelulusan projek ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Balai Raya Desa Sungai Pelong di Kampung Sungai Pelong, di sini, kelmarin.
Jelasnya, pelaksanaan projek membaik pulih dan melebarkan Jalan Panching itu membolehkan pengguna jalan raya mengalami pemanduan yang lebih lancar, selesa dan selamat.
Menyentuh mengenai kos pembinaan Balai Raya Desa Sungai Pelong, Khairuddin berkata, pembinaan Balai Raya Desa Sungai Pelong dengan kos sebanyak RM150,000.
Dalam pada itu, Khairuddin turut menyarankan agar penduduk setempat dapat menjadikan balai raya yang siap dibina Julai lalu sebagai tempat perjumpaan komuniti sekali gus mengeratkan lagi silaturahim sesama penduduk.
“Pembinaannya bagi memudahkan orang ramai melakukan aktiviti kemasyarakatan berdasarkan kepada keperluan setempat seperti majlis kenduri kahwin, aktiviti kumpulan marhaban dan sebagainya,” katanya.
Demikianlah Artikel [KUANTAN] MOHON SEGERAKAN PEMBINAAN JALAN
Sekianlah artikel [KUANTAN] MOHON SEGERAKAN PEMBINAAN JALAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] MOHON SEGERAKAN PEMBINAAN JALAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/kuantan-mohon-segerakan-pembinaan-jalan.html