[KUANTAN] MAHMUD SANGGUP BERKORBAN DEMI KASIHKAN ISTERI

[KUANTAN] MAHMUD SANGGUP BERKORBAN DEMI KASIHKAN ISTERI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] MAHMUD SANGGUP BERKORBAN DEMI KASIHKAN ISTERI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] MAHMUD SANGGUP BERKORBAN DEMI KASIHKAN ISTERI
link : [KUANTAN] MAHMUD SANGGUP BERKORBAN DEMI KASIHKAN ISTERI

Baca juga


[KUANTAN] MAHMUD SANGGUP BERKORBAN DEMI KASIHKAN ISTERI


Mahmud sanggup berkorban demi kasihkan isteri


Kasih mendalam terhadap isterinya mendorong Mahmud Mat Masoad, 56, berkorban bagi menjaga wanita itu yang terlantar sakit sejak setahun lalu.

Mahmud terpaksa berhenti kerja sebagai jurujual untuk memberi tumpuan kepada isterinya, Umi Salmah Mohd Din, 52, yang dipercayai mengalami jangkitan kuman pada otak selepas mengidap tibi.

Menurutnya, pada 2014, isterinya hanya mengalami tiroid menyebabkan mata dan bahagian dalam tekaknya membengkak.

“Isteri hanya ambil ubat untuk kurangkan bengkak dan sakit namun tahun lalu, dia tidak boleh kencing sehingga bergantung pada tiub. Sejak itu, dia tidak boleh bangun.

“Keadaannya dia yang terkini, doktor memaklumkan dia alami penyakit tibi yang menyerang urat saraf dan menyebabkan pendarahan dalam otak.

"Saya sendiri terkejut dan buntu memikirkan keadaan isteri,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail di rumahnya di Kampung Permatang Badak, di sini semalam.

Abdul Manan menyampaikan sumbangan kepada Mahmud.

Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Badak, Alias Hassan.

Bapa kepada enam cahaya mata itu turut menggalas tanggungjawab besar untuk menjaga lima daripada enam anaknya yang masih bersekolah.

Katanya, rutin hariannya bermula awal pagi dengan menyiapkan keperluan anak-anak untuk ke sekolah.

“Selepas itu saya akan memberi perhatian kepada isteri dengan mengelap badannya dan membuat susu dan makan ubat.

“Walaupun sebelum ini saya tidak ada pengalaman dalam menjaga orang sakit, tapi bila isteri sendiri yang sakit, saya perlu kuat dan sabar menjaganya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedikit sebanyak dapat meringankan beban walaupun kos untuk membeli keperluan seperti susu khas dan lampin pakai buang lebih tinggi.

Sementara itu, Abdul Manan berkata, pihaknya bersimpati dengan keadaan yang dihadapi keluarga tersebut dan cuba membantu dari segi bantuan susu khas yang memerlukan perbelanjaan yang banyak.

“Saya akan meneliti bantuan sewajarnya untuk membantu Mahmud sekeluarga,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] MAHMUD SANGGUP BERKORBAN DEMI KASIHKAN ISTERI

Sekianlah artikel [KUANTAN] MAHMUD SANGGUP BERKORBAN DEMI KASIHKAN ISTERI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] MAHMUD SANGGUP BERKORBAN DEMI KASIHKAN ISTERI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/kuantan-mahmud-sanggup-berkorban-demi.html

Subscribe to receive free email updates: