Judul : Khairy nasihat tentera siber Umno guna pendekatan kelakar pikat rakyat
link : Khairy nasihat tentera siber Umno guna pendekatan kelakar pikat rakyat
Khairy nasihat tentera siber Umno guna pendekatan kelakar pikat rakyat
Khairy Jamaluddin berkata, serangan di media sosial perlu bersandarkan fakta, bukannya menyentuh peribadi lawan bagi mengelakkan rakyat simpati kepada mereka.
Khairy Jamaluddin berkata, penjenamaan diri dan ketulenan juga memainkan peranan penting dalam media sosial untuk mendekatkan rakyat dengan Umno.
“Cuba jadi kelakar. Kita kena wujudkan suasana kelakar. Istilah yang diberi kepada saya adalah abah…Tok Mat orang panggil ‘James Bond’,” katanya merujuk Pengerusi Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat dan Media Sosial Umno, Datuk Ahmad Maslan.
“Mana-mana saya pergi, orang panggil saya abah…’Abah we love you’. Kita main dengan label tersebut. Ada ‘branding’. Bila ada jenama dalam media sosial, senanglah rakyat ‘relate’ dengan kita,” katanya di depan 3,000 tentera siber pada Konvensyen Media Sosial Umno hari ini.
Mengambil contoh jenama “NGAM” merujuk “Nasi Goreng Ahmad Maslan”, Khairy berkata, itu adalah ketulenan Ahmad yang menjadikan ahli Parlimen Pontian itu popular dalam kalangan pengguna media sosial.
“Masak nasi goreng pun kelakar…1 Malaysia kenal nasi goreng Ahmad Maslan. Kita kena ‘authenthic’. Rakyat nampak suka dengan kita. Ini bukan pemimpin poyo tapi pemimpin tulen.”
Menteri belia dan sukan itu berkata, serangan di media sosial tidak seharusnya menyentuh peribadi lawan, sebaliknya bersandarkan fakta.
Beliau berkata, serangan peribadi terhadap lawan hanya akan memberi kelebihan buat mereka kerana ia akan menimbulkan rasa simpati rakyat.
“Jangan sekali-kali kita bersifat peribadi. Rakyat tak suka. Serangan atas fakta dan dasar, kalau kita bersifat peribadi, saya yakin ia tidak disenangi rakyat.
“Termasuk lawan kita…kita lawan hipokrasi mereka, tapi jangan buat serangan peribadi kerana itu boleh membina perasaan simpati kepada mereka,” kata.
Ahli Parlimen Rembau itu turut mengingatkan tentera siber Umno supaya tidak mudah melenting dengan kecaman.
“Jangan melenting…dalam media sosial tiap-tiap hari kena kecam. Isu kementerian, isu nasional…kita kena ‘cool’.
“Kalau kita melenting, itu jadi isu kedua. Kecaman ini memang hebat. Kita kena ‘cool’ baru jawab. Jawab dengan fakta. Sebab jawapan itu akan diguna terhadap kita.”
Katanya, tentera siber Umno boleh menjadikan reaksi positif orang ramai sebagai idea untuk menarik perhatian pengguna media sosial.
“Kalau kita tiada idea dalam sesuatu isu, bajet contohnya. Kita nak cakap sesuatu tapi tak tahu, kita buat ‘research’ sikit.
“Kita baca komen orang dan tengok mana paling banyak ‘thumbs-up’. Kalau masuk akal kita cedok, ‘copy and paste’ ubah sikit guna ayat kita dan komen itu akan viral juga. Tak susah. Guna komen popular,” katanya.
FMT
Demikianlah Artikel Khairy nasihat tentera siber Umno guna pendekatan kelakar pikat rakyat
Sekianlah artikel Khairy nasihat tentera siber Umno guna pendekatan kelakar pikat rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khairy nasihat tentera siber Umno guna pendekatan kelakar pikat rakyat dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/khairy-nasihat-tentera-siber-umno-guna.html