DUDUKLAH DIAM-DIAM KAT DALAM TU DULU, BUAT APA HINAKAN NAMA SENDIRI

DUDUKLAH DIAM-DIAM KAT DALAM TU DULU, BUAT APA HINAKAN NAMA SENDIRI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DUDUKLAH DIAM-DIAM KAT DALAM TU DULU, BUAT APA HINAKAN NAMA SENDIRI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DUDUKLAH DIAM-DIAM KAT DALAM TU DULU, BUAT APA HINAKAN NAMA SENDIRI
link : DUDUKLAH DIAM-DIAM KAT DALAM TU DULU, BUAT APA HINAKAN NAMA SENDIRI

Baca juga


DUDUKLAH DIAM-DIAM KAT DALAM TU DULU, BUAT APA HINAKAN NAMA SENDIRI

 LAIN KALI JIKA NAK BUAT SAMAN TENTUKAN HUJAH ITU KOKOH DAN BUKTI YANG NYATA SERTA BUKTI SOKONGAN.

CER MINTA NASIHAT DENGAN ORANG YANG LEBIH TUA, MAHADHIR MISALNYA ? LIM KIT SIANG MISALNYA !

-Pak Karamu-


 

Mahkamah tolak saman Anwar ketepikan sabitan liwat II

AddThis Sharing Buttons
anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan untuk mengetepikan sabitan kes liwat II membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, bekas ketua pembangkang, memfailkan saman pemula tersebut berikutan dakwaan RM9.5 juta dibayar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada peguam kanan, Muhammad Shafee Abdullah sebagai khidmatnya menjadi pendakwa utama dalam kes liwat itu.

Hakim Azizah Nawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman tersebut dengan alasan permohonan Anwar itu tidak berasas dan tanpa sebarang bukti sokongan.

Beliau turut memerintahkan Anwar, selaku plaintif, membayar kos sebanyak RM10,000 kepada kerajaan, sebagai defendan tunggal dalam saman tersebut.

Dalam penghakimannya, katanya, dalam isu penting dalam kes ini adalah Anwar membuat dakwaan tanpa asas berhubung pembayaran RM9.5 juta kepada Muhammad Shafee.

Dia (Anwar) merujuk  kepada dua pembayaran yang dibuat pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014 namun tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan dalam afidavit plaintif, katanya.

Azizah berkata bagi menyokong dakwaan RM9.5 juta dibayar oleh perdana menteri, plaintif telah memfailkan permohonan untuk penzahiran dan pemeriksaan dokumen terhadap Najib dan Muhammad Shafee bagi mendedahkan penyata akaun bank dimiliki mereka.

“Alasan sokongan permohonan untuk penzahiran adalah bawah butiran penuh pembayaran yang disebutkan itu adalah hanya dalam pengetahuan kedua-dua yang disebut Najib dan Muhammad Shafee.

“Adalah menjadi tanggungjawab  kedua-dua orang ini (Najib dan Muhammad Shafee) untuk membuat penzahiran penuh untuk mahkamah ini membuat keputusan selaras dengan undang-undang.

“Ini jelas menunjukkan plaintif mencari bukti untuk menyokong dakwaannya mengenai bayaran RM9.5 juta,” katanya.

Azizah berkata mahkamah juga menimbang pendapat bahawa kesan keseluruhan permohonan ini untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, justeru, mahkamah ini (Mahkamah Tinggi) tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.

Pada 11 Julai lepas, kerajaan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan ia adalah remeh, menyusahkan dan tiada sebarang kausa tindakan serta menyalahgunakan proses mahkamah.

Anwar, yang memfailkan saman pemula pada 9 Jun lepas, mendakwa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil dalam rayuan kes liwatnya.

Oleh itu, Anwar mendakwa hak beliau untuk mendapatkan perbicaraan yang adil mengikut Artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan terjejas.

Beliau juga memohon perintah bahawa keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires (melampaui bidang kuasa) terhadap Perlembagaan Persekutuan menjadikannya tidak sah dan terbatal.

Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut memohon perintah bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan tidak sah.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Dalam kes saman tersebut, kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Nadia Hanim Mohd Tajuddin manakala Anwar oleh peguam N. Surendran dan Latheefa Koya.

Kemudian, Surendran memberitahu pemberita bahawa mereka akan membuat rayuan secepat mungkin. – Bernama


Demikianlah Artikel DUDUKLAH DIAM-DIAM KAT DALAM TU DULU, BUAT APA HINAKAN NAMA SENDIRI

Sekianlah artikel DUDUKLAH DIAM-DIAM KAT DALAM TU DULU, BUAT APA HINAKAN NAMA SENDIRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DUDUKLAH DIAM-DIAM KAT DALAM TU DULU, BUAT APA HINAKAN NAMA SENDIRI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/duduklah-diam-diam-kat-dalam-tu-dulu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :