Judul : Cinta antara kaum: Warga Singapura lebih suka Cina, orang berkulit putih
link : Cinta antara kaum: Warga Singapura lebih suka Cina, orang berkulit putih
Cinta antara kaum: Warga Singapura lebih suka Cina, orang berkulit putih
Tinjauan mendapati Cina dan orang berkulit putih menjadi pilihan teratas dalam senarai responden untuk berpasangan dengan kaum lain.
Tinjauan dijalankan oleh Institut Kajian Dasar-Channel News Asia (IPS) ke atas 2,020 rakyat Singapura yang dipilih secara rawak merentasi faktor geografi, kaum dan umur.
Dalam kalangan Melayu, 91.2% daripada mereka yang berusia 26 hingga 35 tahun selesa jika anak berpasangan dengan orang Cina, manakala 85.7% dengan orang kulit putih dan 81.3% dengan orang India.
Orang India dalam kategori usia yang sama menunjukkan kecenderungan seperti orang Melayu di mana 89.3% selesa jika anak berpasangan dengan orang Cina, manakala 87.5% dengan orang kulit putih dan 75.4% dengan orang Melayu.
Berbeza pula dengan orang Cina dalam kategori umur sama, di mana orang berkulit putih menjadi pilihan pertama iaitu 74.5%, manakala 64.6% selesa jika anak berpasangan dengan orang Melayu, dan 56.5% dengan orang India.
Ini sekaligus meletakkan Cina dan orang berkulit putih pada kedudukan teratas dalam senarai pilihan responden untuk berpasangan dengan kaum lain.
Pada satu taklimat media semalam, felo kanan penyelidikan di IPS, Dr Mathew Mathews berkata, sesetengah orang mungkin melihat perkara ini sebagai prejudis.
“Namun, ini hanya menunjukkan yang budaya terus dilihat sebagai aspek penting untuk masa depan seseorang dan bagaimana anak mereka dibesarkan, dan juga untuk mengelakkan pelbagai percanggahan dan isu (pada masa depan).
“Singapura masih bukan syurga pelbagai budaya seperti yang dijangkakan oleh sesetengah orang,” kata Mathews berhubung dapatan tinjauan tersebut seperti dipetik oleh The Straits Times.
Beliau berkata sedemikian berikutan tinjauan itu mendapati walaupun responden menunjukkan minat yang tinggi, kurang daripada separuh mempunyai pengalaman menyertai aktiviti atau amalan budaya lain seperti makan menggunakan tangan, menyertai festival utama dan perkahwinan, dan juga mencuba memakai pakaian tradisional budaya dan etnik lain.
“Satu pengajaran (daripada tinjauan) adalah dalam kita mementingkan identiti etnik sendiri, kita juga harus belajar menghormati dan memahami budaya dan amalan penting kumpulan etnik lain,” katanya seperti dipetik The Straits Times.
Contohnya, responden orang Cina dan India dalam kategori umur yang lebih muda menunjukkan pemahaman yang kurang dalam amalan masyarakat Islam seperti makanan halal, memakai tudung, tidak mengambil alkohol, dan menyentuh anjing.
Akhbar itu juga melaporkan, menurut penyelidik, kurangnya interaksi dan persahabatan antara kaum mungkin penyebab kurangnya pemahaman antara budaya dalam kalangan pemuda warga Singapura dan oleh itu, lebih banyak usaha perlu dijalankan untuk memupuk interaksi, perbincangan dan pembelajaran antara kumpulan kaum di Singapura
Demikianlah Artikel Cinta antara kaum: Warga Singapura lebih suka Cina, orang berkulit putih
Sekianlah artikel Cinta antara kaum: Warga Singapura lebih suka Cina, orang berkulit putih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cinta antara kaum: Warga Singapura lebih suka Cina, orang berkulit putih dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/11/cinta-antara-kaum-warga-singapura-lebih.html