[Video BANGKIT! Seorang DSSA ditahan, ribuan lagi 'DSSA' membanjiri perkarangan mahkamah & ADUN Lahad Datu dibebaskan] BN bermasalah kekalkan kuasa, kata Prof Marzuki (UIA).

[Video BANGKIT! Seorang DSSA ditahan, ribuan lagi 'DSSA' membanjiri perkarangan mahkamah & ADUN Lahad Datu dibebaskan] BN bermasalah kekalkan kuasa, kata Prof Marzuki (UIA). - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video BANGKIT! Seorang DSSA ditahan, ribuan lagi 'DSSA' membanjiri perkarangan mahkamah & ADUN Lahad Datu dibebaskan] BN bermasalah kekalkan kuasa, kata Prof Marzuki (UIA)., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video BANGKIT! Seorang DSSA ditahan, ribuan lagi 'DSSA' membanjiri perkarangan mahkamah & ADUN Lahad Datu dibebaskan] BN bermasalah kekalkan kuasa, kata Prof Marzuki (UIA).
link : [Video BANGKIT! Seorang DSSA ditahan, ribuan lagi 'DSSA' membanjiri perkarangan mahkamah & ADUN Lahad Datu dibebaskan] BN bermasalah kekalkan kuasa, kata Prof Marzuki (UIA).

Baca juga


[Video BANGKIT! Seorang DSSA ditahan, ribuan lagi 'DSSA' membanjiri perkarangan mahkamah & ADUN Lahad Datu dibebaskan] BN bermasalah kekalkan kuasa, kata Prof Marzuki (UIA).

Isnin, 23 Oktober 2017


Image result for Foto ubah sabah

BN bermasalah kekalkan kuasa, kurang ‘kerusi selamat’, kata pensyarah

 http://ift.tt/2ytXbk4
Prof Marzuki Mohamad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, BN akan kekal sebagai parti pemerintah jika mereka memenangi 100 daripada 222 kerusi Parlimen.

“Melainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dapat menjadikan baki kerusi itu sebagai kerusi selamat untuk BN, mengadakan pilihan raya umum sekarang agak berisiko untuk beliau,” katanya.

Dalam analisis yang dipetik New Mandala hari ini, Marzuki berkata secara realistiknya, Umno hanya berpeluang memenangi 57 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung, sedangkan 70 daripada kerusi itu adalah kawasan bermajoriti Melayu, di mana 70% daripada pengundi ialah orang Melayu.

Beliau berkata, 8 daripada kerusi Parlimen itu terletak di Kedah yang merupakan kubu kuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala sekurang-kurangnya 5 kerusi lain mempunyai pengaruh kuat Pas, lapor FMT.

Katanya, sokongan pengundi bukan Melayu untuk BN sangat rendah sejak PRU13, di mana tinjauan terbaru menunjukkan tiada peningkatan sokongan bukan Melayu untuk kerajaan.

Marzuki berkata, terdapat 47 kerusi Parlimen di kawasan bermajoriti Melayu kecil di Semenanjung, di mana lebih 30% ialah pengundi bukan Melayu.

“Pengaruh Pas di kawasan ini sangat kecil dan mungkin tidak memberi banyak kesan kepada perpecahan undi Melayu.

“Di kawasan inilah PH cuba tembusi dan memberi cabaran serius kepada BN. Sesetengah kerusi Parlimen di kawasan ini sudah berada di tangan PH.”

Katanya, terdapat 48 kawasan bermajoriti bukan Melayu di Semenanjung yang boleh dianggap kerusi selamat buat pembangkang.

Beliau berkata, BN hanya mempunyai baki 57 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak yang merupakan ‘deposit tetap’ parti itu.

Bagaimanapun, katanya, 9 daripada kerusi itu kini dipegang pembangkang, dengan 5 lagi terletak di pantai timur Sabah yang cuba dikuasai Parti Warisan Sabah.

“Kerusi ini bukan lagi kerusi selamat untuk BN. Jadi, daripada 57 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, hanya 43 kerusi dianggap selamat untuk BN.”

Marzuki berkata, kemenangan BN pada PRU lalu disebabkan kemampuannya membangunkan ekonomi dan mengekalkan kestabilan politik.

Bagaimanapun, katanya, “keadaan ekonomi sekarang tidak kelihatan baik” susulan kenaikan kos sara hidup, pemansuhan subsidi untuk barangan penting, kadar inflasi disebabkan ringgit yang lemah serta pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.

Beliau menjangkakan Bajet 2018 yang bakal dibentangkan di Parlimen akhir bulan ini tidak dapat memberi banyak ruang kepada Najib untuk mencipta faktor “feel good” kerana “dana kerajaan semakin berkurangan, tanggungan besar dan masih perlu mengurangkan defisit bajet”.

Ini di samping skandal 1MDB yang menurut Marzuki, memberi kesan buruk kepada populariti Najib.

“Berdasarkan situasi ini, Najib mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk mengubah keadaan.

“Tetapi, masa mungkin tidak menyebelahinya,” katanya.



Demikianlah Artikel [Video BANGKIT! Seorang DSSA ditahan, ribuan lagi 'DSSA' membanjiri perkarangan mahkamah & ADUN Lahad Datu dibebaskan] BN bermasalah kekalkan kuasa, kata Prof Marzuki (UIA).

Sekianlah artikel [Video BANGKIT! Seorang DSSA ditahan, ribuan lagi 'DSSA' membanjiri perkarangan mahkamah & ADUN Lahad Datu dibebaskan] BN bermasalah kekalkan kuasa, kata Prof Marzuki (UIA). kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video BANGKIT! Seorang DSSA ditahan, ribuan lagi 'DSSA' membanjiri perkarangan mahkamah & ADUN Lahad Datu dibebaskan] BN bermasalah kekalkan kuasa, kata Prof Marzuki (UIA). dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/10/video-bangkit-seorang-dssa-ditahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :