Judul : [RM100 DALAM SAMPUL UNGU] Serahan sumbangan Deepavali kecoh
link : [RM100 DALAM SAMPUL UNGU] Serahan sumbangan Deepavali kecoh
[RM100 DALAM SAMPUL UNGU] Serahan sumbangan Deepavali kecoh
Kekecohan kecil berlaku ketika Kementerian Wilayah Persekutuan mengagih-agihkan sumbangan sempena Deepavali di Kuala Lumpur hari ini.
Majlis berlangsung dengan bantuan untuk golongan kurang bernasib baik itu diserahkan Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kira-kira jam 3 petang tadi.
Keadaan menjadi sedikit kecoh apabila sebahagian penerima sumbangan bertolak-tolak untuk mendapatkan sambul ungu berisi wang bernilai RM100 setiap satu itu.
Dianggarkan ada beberapa ratus orang menunggu giliran untuk menerima sumbangan berkenaan.
Keadaan tolak-menolak itu memaksa anggota keselamatan dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertungkus-lumus mengawal keadaan.
Majlis itu dianjurkan bersamam Yayasan Wilayah Persekutuan dan DBKL.
Terdahulu Yayasan Wilayah Persekutuan menyerahkan bantuan berjumlah RM23,000 kepada 2,300 penganut Hindu yang berdaftar dengan DBKL.
Kemudian Tengku Adnan dan isteri Datin Seri Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini mengagih-agihkan bantuan untuk pusingan kedua dengan kebanyakan penerima bukan beragama Hindu.
Ketika diminta mengulas kejadian itu Tengku Adnan berkata ia bukan sesuatu yang luar biasa.
"Sesetengah mereka mengambil sumbangan dua kali, tapi itu tak mengapalah," katanya. - MK
Demikianlah Artikel [RM100 DALAM SAMPUL UNGU] Serahan sumbangan Deepavali kecoh
Sekianlah artikel [RM100 DALAM SAMPUL UNGU] Serahan sumbangan Deepavali kecoh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [RM100 DALAM SAMPUL UNGU] Serahan sumbangan Deepavali kecoh dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/10/rm100-dalam-sampul-ungu-serahan.html