Papagomo lancar kempen kutip derma cara Rafizi

Papagomo lancar kempen kutip derma cara Rafizi - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Papagomo lancar kempen kutip derma cara Rafizi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Papagomo lancar kempen kutip derma cara Rafizi
link : Papagomo lancar kempen kutip derma cara Rafizi

Baca juga


Papagomo lancar kempen kutip derma cara Rafizi

 Malaysiakini 25/10/17
Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini melancarkan kempen mengutip derma untuk membayar Datuk Seri Anwar Ibrahim anggaran RM1 juta sebagai ganti rugi dan kos yang terhutang kepada ketua umum PKR itu.

Beliau yang juga dikenali sebagai Papagomo, berkata dirinya mendapat ilham mengutip derma itu berikutan kejayaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengumpulkan dana apabila beliau terpaksa membayar ganti rugi dan kos kepada National Feedlot Corporation.

“Saya ikut jejak langkah idola saya (Rafizi).
“Saya mohon penyokong saya, atau pemimpin kerajaan untuk sumbang bagi saya jelaskan saman Anwar,” kata Wan Muhammad Azri pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Wan Muhammad Azri berhutang hampir RM800,000 termasuk bayaran faedah bagi ganti rugi dan kos RM50,000 selepas bekas pemimpin pembangkang itu berjaya menyaman blogger tersebut atas tuduhan fitnah.
Sehingga 27 April tahun ini, jumlah keseluruhan ditambah faedah adalah RM951,260.

Beliau menganggarkan jumlah berkenaan adalah sekitar RM1 juta pada hari ini.
Wan Muhammad Azri mendakwa bahawa beliau telah cuba mengatur pembayarannya melalui ansuran bulanan, tetapi peguam Anwar menolaknya dan mendesak pembayaran sekali gus.

Blogger itu telah menubuhkan sebuah akaun bank atas nama "Invoke Solutions" untuk mengumpulkan dana.
Invoke Solutions adalah nama yang sama dengan pusat penyelidikan dan kajian Rafizi.

Wan Muhammad Azri berkata perbezaannya ialah entiti yang didaftarkannya itu bukan sebuah syarikat Sdn Bhd seperti yang dimiliki Rafizi.
Papagomo, sebelum ini kalah kes saman berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog miliknya.


Demikianlah Artikel Papagomo lancar kempen kutip derma cara Rafizi

Sekianlah artikel Papagomo lancar kempen kutip derma cara Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Papagomo lancar kempen kutip derma cara Rafizi dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/10/papagomo-lancar-kempen-kutip-derma-cara.html

Subscribe to receive free email updates: