ISU BUGIS: DUA LAPORAN POLIS TERHADAP MAHATHIR

ISU BUGIS: DUA LAPORAN POLIS TERHADAP MAHATHIR - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ISU BUGIS: DUA LAPORAN POLIS TERHADAP MAHATHIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ISU BUGIS: DUA LAPORAN POLIS TERHADAP MAHATHIR
link : ISU BUGIS: DUA LAPORAN POLIS TERHADAP MAHATHIR

Baca juga


ISU BUGIS: DUA LAPORAN POLIS TERHADAP MAHATHIR


Mahathir Mohamed


Pontian - Dua laporan polis telah dibuat berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed yang menyentuh tentang masyarakat Bugis sewaktu menyampaikan ucapan pada Himpunan Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bugis (OGi) Johor, Md Sah Daeng Matatah berkata Persatuan Bugis Johor telah membuat laporan di Batu Pahat kira-kira jam 3 petang semalam.

“Selain itu, Persatuan Bugis Johor cawangan Kota Tinggi juga telah membuat laporan polis. Kita menjangkakan jumlah laporan polis akan meningkat terutama dari peringkat cawangan Persatuan Bugis Johor.

“Ini kerana berdasarkan maklum balas yang diterima rata-rata ahli menyatakan rasa tidak puas terhadap kenyataan bekas perdana menteri kerana mengaitkan soal maruah orang Bugis ,”katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Md Sah berkata, sebagai seorang yang berilmu, Mahathir sewajarnya tidak bercakap mengenai sesuatu perkara yang tidak pasti.

“Jika tidak tahu tentang Bugis baik jangan disebut sebab ia soal maruah kami. Orang Bugis yang berada di negara ini bukan sahaja duduk di Johor tetapi sampai ke Sabah dan Sarawak ada orang Bugis,” katanya.

Katanya lagi, terdapat kira-kira 7,000 ahli Persatuan Bugis Johor merangkumi tujuh cawangan iaitu di Pontian, Benut, Kota Tinggi, Batu Pahat, Johor Bahru, Simpang Renggam dan Pasir Gudang.

Sementara itu, bagi bekas Pengerusi Persatuan Bugis Johor cawangan Pontian, Lokman Talib menyifatkan perkataan lanun Bugis yang disebut Tun Mahathir sebagai keterlaluan.

Jelasnya, kenyataan tersebut amat mengguris hati orang Bugis yang telah bersama-sama memajukan negara sejak dari dahulu lagi.

“Kenapa tidak suka dengan seseorang itu, bangsa dan keturunannya disebut-sebut, malah dikatakan pula lanun.

“Perlu diingatkan ramai Sultan Melayu di negara ini berketurunan Bugis. Jadi saya minta supaya dia ( (Tun Mahathir) segera buat permohonan maaf sebab perkara ini sudah melibatkan maruah seluruh orang Bugis,” katanya.




Demikianlah Artikel ISU BUGIS: DUA LAPORAN POLIS TERHADAP MAHATHIR

Sekianlah artikel ISU BUGIS: DUA LAPORAN POLIS TERHADAP MAHATHIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ISU BUGIS: DUA LAPORAN POLIS TERHADAP MAHATHIR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/10/isu-bugis-dua-laporan-polis-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :