Judul : Anggota MT Umno Ditikam Di Kepala Dan Bahu
link : Anggota MT Umno Ditikam Di Kepala Dan Bahu
Anggota MT Umno Ditikam Di Kepala Dan Bahu
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Sohaimi Shahadan dilaporkan ditikam di kepala dan bahu di depan rumahnya di Sungai Buloh pada pukul 9 malam tadi, oleh seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman.
Menurut laman mStar Online, isterinya Datin Nurul Azni Roslan berkata, kejadian itu berlaku ketika Sohaimi baru keluar dari rumah bersama-sama pemandu dan adik iparnya untuk ke Shah Alam.
"Mula-mula orang itu baling batu ke arahnya dan belum sempat dia bertanya mengapa orang tersebut bertindak begitu, dia terus ditikam.
"Kejadian malam ini bukanlah kali pertama berlaku. Orang yang sama pernah menyerang suami saya sebelum ini dengan membaling batu dan menyimbah cat ke arah kereta kami," katanya seperti dipetik.
Polis juga telah mengambil keterangan berkenaan kejadian itu, kata laporan itu lagi.
Nurul Azni berkata Sohaimi kini dirawat di Hospital KPJ Damansara dan kini dalam keadaan stabil.
Demikianlah Artikel Anggota MT Umno Ditikam Di Kepala Dan Bahu
Sekianlah artikel Anggota MT Umno Ditikam Di Kepala Dan Bahu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anggota MT Umno Ditikam Di Kepala Dan Bahu dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/10/anggota-mt-umno-ditikam-di-kepala-dan.html