[TEMERLOH] TIADA LAGI DISKAUN KOMPAUN

[TEMERLOH] TIADA LAGI DISKAUN KOMPAUN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TEMERLOH] TIADA LAGI DISKAUN KOMPAUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TEMERLOH] TIADA LAGI DISKAUN KOMPAUN
link : [TEMERLOH] TIADA LAGI DISKAUN KOMPAUN

Baca juga


[TEMERLOH] TIADA LAGI DISKAUN KOMPAUN


Tiada lagi diskaun kompaun


Tidak ada sebarang pengurangan diskaun kesalahan parkir lagi selepas ini sebaliknya Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan mula mengheret pesalah ini ke mahkamah.

Yang Dipertua MPT Azlan Md Yaman berkata, tindakan membawa pesalah parkir ke mahkamah itu dilakukan selepas tawaran kompaun sekeping kompaun hanya RM5 selama satu setengah bulan tidak mendapat sambutan menggalakkan.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan tindakan tersebut dilaksanakan secepat mungkin dalam mesyuarat yang diadakan pada minggu lalu.

“Kita telah mengadakan tawaran diskaun kesalahan kompaun letak kereta dari 1 Ogos lalu hingga 15 September tetapi tidak mendapat sambutan menggalakkan.

“Jadi langkah seterusnya kita akan mengambil tindakan mahkamah yang mana individu yang dikenakan tindakan perlu membayar penuh kompaun berbanding diskaun RM5 bagi setiap kompaun bernilai maksimum RM50 yang kita tawarkan sebelum ini,” katanya.

Azlan berkata, pada masa ini MPT sedang giat melaksanakan pelbagai proses termasuk menyediakan dokumen dan menyenaraikan individu mempunyai saman tertunggak yang tinggi untuk dibawa ke mahkamah.

Katanya, sejurus semua dokumen siap pihaknya akan terus membawa kes itu ke mahkamah bagi memberikan pengajaran kepada individu yang masih ingkar membayar saman.

“Mungkin selama ini individu berkenaan tidak memandang serius kompaun dikenakan MPT, jadi dengan membawa kes ke mahkamah mereka perlu bayar berdasarkan arahan mahkamah. Jika ingkar boleh dipenjarakan.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya patuhi setiap peraturan ditetapkan, bayar bayaran letak kereta dan kompaun dikenakan,” katanya.

Jelasnya, kempen pengurangan bayaran kompaun tempat letak kereta yang dilaksanakan sempena bulan kemerdekaan baru-baru ini kurang mendapat sambutan.

Tambahnya, pihaknya hanya berjaya mengutip RM23,000 dalam tempoh sebulan setengah berbanding RM30,000 yang berjaya dikutip pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) baru-baru ini.




Demikianlah Artikel [TEMERLOH] TIADA LAGI DISKAUN KOMPAUN

Sekianlah artikel [TEMERLOH] TIADA LAGI DISKAUN KOMPAUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TEMERLOH] TIADA LAGI DISKAUN KOMPAUN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/temerloh-tiada-lagi-diskaun-kompaun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :