Judul : Sukar dapat kerja antara sebab jadi gelandangan [HAKIKAT SEBENAR hari ini yang Najib Tidak Dapat Fahami]
link : Sukar dapat kerja antara sebab jadi gelandangan [HAKIKAT SEBENAR hari ini yang Najib Tidak Dapat Fahami]
Sukar dapat kerja antara sebab jadi gelandangan [HAKIKAT SEBENAR hari ini yang Najib Tidak Dapat Fahami]
SEREMBAN, 9 Muharram 1439H, Sabtu – Pada ketika insan lain seusianya menghitung hari untuk bersara daripada pekerjaan dan menikmati masa luang bersama keluarga, Kamaruddin Mohd Ghani, 59, akur dengan roda kehidupan yang menyaksikannya hidup sebagai gelandangan sejak lebih setahun lalu.
“Siapa yang mahu hidup seperti ini tetapi saya sukar mendapat kerja tetap, jadi macam mana mahu tampung kehidupan,” kata lelaki itu ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.
Dia antara 135 gelandangan di sekitar bandar ini yang dibantu menerusi program tanggungjawab sosial korporat Brahim’s SATS Food Service Sdb Bhd (BSFS) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Asnaf Setia Kasih (PERKASIH).
Kamaruddin yang lebih mesra dengan panggilan Pak Din itu, berkata dia berusaha untuk tidak mengemis dengan mengambil upah melakukan kerja-kerja rencam bagi menampung keperluan harian.
“Adalah sikit-sikit ambil upah kerja dengan orang,” katanya.
Seorang lagi warga emas, Lam Ching Yee, 82, berkata dia bergelar gelandangan sejak lima tahun lepas dan menyara hidup dengan menjual kotak-kotak terpakai yang dipungut dari kedai-kedai di sekitar bandar.
“Harga kotak sekilo 20 sen dan saya dapat purata RM4 atau RM4 sehari, dapatlah saya tampung hidup seharian,” katanya.
Menurut lelaki itu dia juga bernasib baik kerana ada insan bermurah hati menyewakan sebuah bilik untuknya baru-baru ini.
“Dapatlah saya bermalam dengan selesa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Ekskutif BSFS Ainul Hasnizam Abu Hassan berkata program tersebut yang disertai 30 kakitangan syarikat bertujuan meringankan sedikit beban yang ditanggung golongan gelandangan sambil menanam sikap sukarelawan dalam kalangan warga kerja BSFS.
“Jika ada kesempatan di lain hari kami akan menyumbang lebih banyak lagi keperluan asas,” katanya kepada pemberita pada program berkenaan.
Pengerusi PERKASIH Murizan Mohamad yang turut hadir, berkata persatuannya mula membantu gelandangan di sekitar bandar ini sejak dua tahun lalu dengan menziarahi mereka setiap Jumaat.
“Kami sudah kenal semua mereka dan juga masalah mereka yang menyebabkan mereka jadi seperti ini.
“Kami akan bantu mereka dengan memberikan makanan, membelikan barangan untuk mandi dan juga sedikit wang saku selain membantu mencarikan kerja yang sesuai untuk mereka,” katanya. – Bernama
Demikianlah Artikel Sukar dapat kerja antara sebab jadi gelandangan [HAKIKAT SEBENAR hari ini yang Najib Tidak Dapat Fahami]
Sekianlah artikel Sukar dapat kerja antara sebab jadi gelandangan [HAKIKAT SEBENAR hari ini yang Najib Tidak Dapat Fahami] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sukar dapat kerja antara sebab jadi gelandangan [HAKIKAT SEBENAR hari ini yang Najib Tidak Dapat Fahami] dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/sukar-dapat-kerja-antara-sebab-jadi.html