Judul : Suhakam ingatkan k'jaan jangan menuju ke arah ekstremisme
link : Suhakam ingatkan k'jaan jangan menuju ke arah ekstremisme
Suhakam ingatkan k'jaan jangan menuju ke arah ekstremisme
27/9/17
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail menyifatkan penahanan Mustafa oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebagai tindakan "sewenang-wenangnya" dan "melampau".
Beliau berkata insiden itu telah menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara sederhana.
Beliau memberi amaran bahawa "tindakan melampau" di Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama adalah "menindas, tidak demokratik dan bertujuan untuk menakut-nakutkan".
Menurut Razali, hal itu boleh mendorong sesebuah kumpulan berusaha memecah-belahkan masyarakat dengan memaksa kepercayaan agama mereka terhadap orang lain.
"Suhakam dengan tegas menasihati kerajaan menangani ekstremisme agama dan bimbang jika keadaan seperti itu berterusan, Malaysia akan berubah kepada yang lebih buruk," katanya.
Mustafa ditahan di lapangan terbang antara bangsa KLIA malam kelmarin.
Menurut Pengarah JAWI Abdul Aziz Jusoh, beliau ditahan kerana gagal hadir ke mahkamah untuk membantu siasatan atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.
Malaysiakini
Demikianlah Artikel Suhakam ingatkan k'jaan jangan menuju ke arah ekstremisme
Sekianlah artikel Suhakam ingatkan k'jaan jangan menuju ke arah ekstremisme kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suhakam ingatkan k'jaan jangan menuju ke arah ekstremisme dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/suhakam-ingatkan-kjaan-jangan-menuju-ke.html