Judul : Saman Nik Nazmi terhadap bekas peguam negara, kerajaan dibicarakan
link : Saman Nik Nazmi terhadap bekas peguam negara, kerajaan dibicarakan
Saman Nik Nazmi terhadap bekas peguam negara, kerajaan dibicarakan
Nik Nazmi mendakwa tindakan Abdul Gani mendakwanya sebanyak 2 kali atas pertuduhan sama mencemarkan maruahnya dan menggambarkannya sebagai seorang penjenayah.
Ini ekoran penolakan rayuan Abdul Gani dan kerajaan oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Mei tahun ini yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman Nik Nazmi.
Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan mewakili Abdul Gani dan kerajaan, manakala peguam Syahredzan Johan bagi pihak Nik Nazmi.
“Kami sebulat suara. Kami menolak rayuan tanpa mengeluarkan perintah berkaitan kos,” kata Hakim Umi Kalthum.
Di luar mahkamah, Syahredzan memberitahu pemberita, dengan keputusan itu, perbicaraan akan berlangsung pada 16 dan 17 Oktober di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. FMT
Demikianlah Artikel Saman Nik Nazmi terhadap bekas peguam negara, kerajaan dibicarakan
Sekianlah artikel Saman Nik Nazmi terhadap bekas peguam negara, kerajaan dibicarakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saman Nik Nazmi terhadap bekas peguam negara, kerajaan dibicarakan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/saman-nik-nazmi-terhadap-bekas-peguam.html