[RAUB] LATA JARUM DESTINASI POPULAR

[RAUB] LATA JARUM DESTINASI POPULAR - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [RAUB] LATA JARUM DESTINASI POPULAR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [RAUB] LATA JARUM DESTINASI POPULAR
link : [RAUB] LATA JARUM DESTINASI POPULAR

Baca juga


[RAUB] LATA JARUM DESTINASI POPULAR


Lata Jarum destinasi popular


Dari sudut perkembangan ekonomi, Ulu Dong yang terkenal dengan keindahan Pusat Rekreasi Hutan Simpan Pulau Chekas dan Air Terjun Lata Jarum menjadikan pelancongan sebagai sumber ekonomi utama penduduk di situ, khususnya penduduk sekitarnya iaitu Kampung Peruas.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Peruas, Abdul Rahim Abdul Rahman, 53, berkata, terdapat enam chalet dan 10 rumah inap desa diusahakan penduduk sekitar kampung berkenaan.

Menurutnya, bukan sahaja chalet dan rumah tumpang, malah ada antara mereka khususnya belia turut bekerja sebagai pemandu pelancong termasuk dirinya sendiri.

“Pemandu pelancong ini akan ditugaskan untuk bawa pelancong lihat bunga rafflesia yang menjadi daya tarikan utama pelancong ke sini.

“Terdapat beberapa kawasan ditumbuhi pelbagai spesies rafflesia. Perjalanan paling dekat untuk lihat bunga tersebut ambil masa sekitar 45 minit berjalan kaki merentas hutan. Ada juga lebih sejam bergantung pada lokasi,” katanya.

Abdul Rahim berkata, pihak JKKK turut mempunyai chalet sendiri di Kompac, yang diusahakan belia kampung berkenaan.

“Pendapatan diperoleh daripada chalet ini adalah pendapatan JKKK untuk kampung selain kami turut memiliki koperasi untuk perusahaan yang dijalankan ini,” katanya.

MS Chemerkau Chekas Chalet adalah chalet pertama pernah dibuka di Kampung Peruas.

Pemiliknya yang juga Pengerusi Persatuan Belia Kampung Peruas, Munirah Mustafa berkata, chalet itu adalah tinggalan arwah ayahnya.

“Arwah ayah beli sebidang tanah di Kampung Peruas dan kami sekeluarga berpindah ke sini. Ibu saya pernah kerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan hasil pengalaman yang ada, arwah ayah bercadang buka sebuah chalet.

“Selepas terima sambutan menggalakkan, ramai penduduk di sini buat chalet dan ada juga yang buka rumah tumpangan,” katanya.

Menurutnya, ketika awal perniagaan, dia pernah mengikut arwah ayahnya buat promosi dari sebuah agensi ke sebuah agensi di daerah ini.

“Berbekalkan risalah yang kami cetak sendiri, saya ikut ayah turun naik pejabat dan bangunan yang ada di daerah ini untuk promosikan chalet kami.

“Kini kami dah ada pelanggan tetap, terdiri daripada jabatan kerajaan dan syarikat swasta," katanya.

Sementara itu, Munirah berkata, Joy Barrel Train adalah daya tarikan pengunjung ke chalet miliknya.

"Ia adalah mini kereta api yang dibina daripada tong minyak terbuang dan disambung dengan sebuah traktor, cetusan idea arwah ayah.

"Arwah ayah memang suka kereta api dan pernah berangan nak bina landasan kereta api di sekitar chalet kami. Akhirnya dia berjaya hasilkan kereta api mini ini, malah inovasi ini juga turut mendapat pengiktirafan negara kerana keunikannya yang tidak terdapat di chalet mahupun lokasi peranginan lain,” katanya.




Demikianlah Artikel [RAUB] LATA JARUM DESTINASI POPULAR

Sekianlah artikel [RAUB] LATA JARUM DESTINASI POPULAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [RAUB] LATA JARUM DESTINASI POPULAR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/raub-lata-jarum-destinasi-popular.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :